in

Sebulan Bergelap Akibat Banjir, Aisar Khaled Bantu Salur Bekalan Elektrik Buat Penduduk Aceh Tamiang

aisar khaled aceh tamiang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Personaliti media sosial Aisar Khaled yang popular dalam kalangan rakyat Indonesia tidak terkecuali turun padang membantu penduduk yang terjejas akibat bencana banjir besar yang melanda Sumatera sebulan lalu.

Menerusi perkongsian Aisar di media sosialnya, dia meraih tumpuan ramai apabila membantu menyalurkan semula bekalan elektrik buat penduduk di Aceh Tamiang yang sudah sebulan hidup dalam kegelapan.


Dalam satu hantaran yang dimuat naik, Aisar meluahkan rasa pilu terhadap situasi yang menimpa penduduk di Batu Sumbang, Aceh Timur.

“Merayakan kehidupan elektrik buat sementara,” tulisnya.

@aisarkhaledd

1 bulan kehidupan tiada listrik , aceh tamiang berduka 🥀 #bencana #aceh #tamiang

♬ original sound – AisarKhaledd – AisarKhaledd

Artikel berkaitan: “Dulu pasti insan ini datang” – Rakyat Indonesia Rindu Dengan Aisar Khaled Turun Padang Hulur Bantuan

Artikel berkaitan: Tular Video Aisar Khaled Dihalau Ketika Beri Sumbangan, Penduduk Bali Dedah Situasi Sebenar

Menerusi video terbabit, Aisar turut menyumbang rangkaian Internet dengan memasang peranti Starlink buat penduduk setempat.

Dapat dilihat, semua penduduk di situ bersorak kegembiraan kerana dengan bekalan elektrik sementara itu, dapat memberi sinar harapan buat mereka.

Salah seorang penduduk meluahkan kegembiraannya apabila dapat membuat panggilan video untuk bertanya khabar dengan keluarganya.

Keprihatinan Aisar turut mendapat pujian meluas daripada warganet Indonesia yang kagum melihat kesungguhannya menghulurkan bantuan tanpa perlu mengharap jawatan atau peruntukan rasmi.

Screenshot 2025 12 22 170947 Screenshot 2025 12 22 171016 Screenshot 2025 12 22 171044 Screenshot 2025 12 22 171132

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.