in

“Sebenarnya saya berpakat dengan Adira”- Diserang Netizen Pasal Kenyataan ‘Baru Lakukan Hubungan Intim’, Datuk Red Cerita Perkara Sebenar

Featured 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu dua hari ni kecoh mengenai penyanyi Adira yang dikatakan telah memfailkan penceraian di mahkamah terhadap suaminya Datuk Seri Adnan Abu atau lebih mesra disapa Datuk Red.


Sementara itu Datuk Red ketika dihubungi pada Selasa menafikan penceraian tersebut, dia siap boleh cakap

“Kelmarin saya baru saja pulang ke rumah Adira dan kami melakukan hubungan intim”

Nah! Siapa tak terkejut bila dengar statement ‘berani mati’ Datuk Red tersebut. Jadi ramai mula membuat andaian masing-masing dan pelik macam mana berita penceraian boleh timbul kalau mereka masih ‘mesra’.

 

Dah berpakat dengan Adira, taknak hebohkan kes penceraian tapi…

4 1
Sumber: instagram

Rupa-rupanya semalam Datuk Red menjelaskan yang perkara itu hanyalah salah faham, dia tak sangka niat untuk kaburi mata orang ramai mengenai kemelut rumah tangganya akhirnya membawa padah, menurut mStar.

Katanya dia tiada niat nak membuat aib dengan bercerita mengenai perihal dalam kain kepada umum sehingga perkara itu mengundang kecaman netizen di media sosial.

“Sebenarnya saya ada berpakat dengan Adira dan kami tak mahu hebohkan perkara ini kepada pihak wartawan. Saya anggap mereka sebagai kawan sahaja, tak sangka ia nak jadi isu. Sampai netizen hentam saya kerana cerita yang tak sepatutnya nak keluar.

“Banyak hati yang saya nak jaga kerana saya masih dalam proses untuk pujuk hati dia (Adira).”

1 3
Sumber: youtube

Untuk rekod, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 28 tahun memfailkan penceraian pada 1 April lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Adira sebelum ini failkan permohonan cerai melalui kaedah hakam dan prosiding semalam sepatutnya ditetapkan untuk pelantikan pegawai mahkamah, namun ditangguhkan.

 

Doakan yang baik-baik guys!

Baca : Kami baru lakukan hubungan intim; Datuk Red Tak Tahu Adira Sudah Failkan Penceraian Di Mahkamah

Adira

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.