in

“Sebelum ini kami hanya bercakap melalui telefon sahaja” – Bapa Tak Sabar Nak Peluk Eda Ezrin

ft bapa eda ezrin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bapa kepada penyanyi Bae Sobar Bae, Eda Ezrin iaitu Wan Ismail Wan Yusuf meluahkan rasa teruja untuk bersua dengan anaknya itu selepas 9 bulan tidak berjumpa.

Katanya lagi, dia tidak sabar untuk memeluk anaknya dan melepaskan kerinduan setelah
penyanyi itu bersama 4 rakan akan dibebaskan dari tahanan Penjara Pusat Wilayah Narathiwat, hari ini.


Artikel berkaitan : “Mungkin hatinya senang” – Komander Penjara Kongsi Eda Ezrin Tidak Lagi Murung, Makin Berisi, Sihat Dan Cantik

Artikel berkaitan : Pendakwa Raya Masih Mengumpul Bukti, Tempoh Tahanan Eda Ezrin Berlanjutan Sehingga 6 Jun

“Saya tidak sangka selepas sembilan bulan akhirnya hari ini saya dapat bertemu dengan Eda Ezrin dan memeluknya bagi melepaskan kerinduan.”

Menurut sumber, luahan teruja itu diberikan saat bapanya itu dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Rantau Panjang pagi tadi bagi menyambut kepulangan anak sulungnya itu serta menantu.

“Hari ini adalah seperti mimpi buat kami sekeluarga apabila kami akhirnya dapat berjumpa dengan Eda Ezrin dan memeluknya selepas sekian lama.”

“Sebelum ini, sepanjang Eda Ezrin berada di penjara, kami hanya bercakap melalui telefon sahaja untuk beberapa minit setiap kali mengadakan lawatan di penjara berkenaan.”

Screenshot 2025 08 07 111610

“Namun hari ini segalanya sudah berakhir dan Eda akhirnya dapat kembali ke pangkuan keluarga. Saya dan anak-anak Eda serta datuknya akan menunggunya di sini.”

“Sebaik semuanya selesai, saya akan membawa Eda Ezrin ke rumah saya di Nilam Puri.”

Seperti yang kita sedia maklum, penyanyi Eda Ezrin telah dibebaskan daripada Penjara Pusat Narathiwat selepas lebih 9 bulan ditahan. Mahkamah membuat keputusan itu selepas pihak pendakwa raya Thailand gagal mengemukakan saksi dan bukti untuk merayu kes berkenaan.

Pada 14 Januari lalu, Eda Ezrin dan yang lain termasuk suaminya, Mohd Affendi Ahmad, 35, didakwa di Mahkamah Wilayah Narathiwat atas pertuduhan memiliki 6,059 pil Yaba dan penggunaan dadah.

Bagaimanapun pada 6 Mac lalu, keenam-enam mereka dibebaskan Mahkamah Wilayah Narathiwat daripada pertuduhan memiliki 6,059 pil Yaba.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.