in

“Sebanyak 11 kes telah dikesan semalam di Parlimen” – Dr Hisham

Collage 45 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang ramai tahu, semalam parlimen telah ditangguhkan selepas KKM mendapat makluman terdapat dua kes positif Covid-19 telah hadir ke parlimen.



Ekoran ini, pasukan kesihatan dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putajaya serta Makmal  Kesihatan Awam Kebangsaan telah digerakkan ke Parlimen untuk membuat ujian saringan yang tamat pada jam 8 malam, semalam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, kedua-dua kes yang didapati positif itu sebelum ini didapati negatif selepas ujian saringan dijalankan tiga hari sebelum Sidang Mesyuarat Khas Parlimen bermula.

Kes pertama merupakan seorang petugas yang telah hadir ke Parlimen pada 26 Julai 2021 (Isnin) sehingga 28 Julai 2021 (Rabu) dan dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Julai 2021 melalui ujian pengesahan RT PCR yang dijalankan sendiri di sebuah fasiliti kesihatan kerana beliau mengalami gejala batuk dan selesema.

Kes kedua pula dikesan semasa saringan di Parlimen pada pagi 29 Julai 2021 menggunakan ujian kendiri RTK Antigen (Ag) saliva kerana beliau mengalami gejala batuk.”

Saring

Ekoran ini, semalam seramai 1,183 individu yang berada di Parlimen telah menjalani ujian saringan Covid-19.

Secara keseluruhan, sebanyak sebelas (11) kes positif telah dikesan pada 29 Julai 2021 iaitu sepuluh (10) melalui RTK Ag saliva test kit dan satu (1) melalui RT PCR.”

Dr Hisham juga turut menasihatkan semua yang hadir dan berada di Parlimen bermula 26 Julai lalu untuk menjalankan ujian saringan Covid-19.

Manakala KKM akan menjalankan siasatan, penilaian risiko, pengesanan kontak dan langkah-langkah pencegahan termasuk pembersihan dan disinfeksi di bangunan Parlimen.

Semua yang akan hadir ke sesi Sidang Mesyuarat Khas Parlimen minggu hadapan dinasihatkan untuk menjalankan ujian saringan COVID-19 terlebih dahulu. Mereka yang bergejala disaran membuat pemeriksaan dan tidak hadir ke Parlimen.”

 

Baca: “Jarang Mat Sabu tak kelakar” – [VIDEO] Reaksi Mat Sabu Di Parlimen Curi Perhatian Netizen

Screenshot 2021 07 30 121341

Sumber: Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.