Tanggal 31 Ogos sememangnya tarikh yang dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia bagi menyambut ulang tahun kemerdekaan negara tercinta dan bagi memperingati detik kemerdekaan yang kita kecapi sejak 1957 dahulu.
Tidak dinafikan, setiap tahun sambutan hari kemerdekaan sentiasa disambut dengan cara unik walaupun terdapat sedikit kelainan pada tahun ini memandangkan kita masih ‘bertarung’ dengan Covid-19.
Bagaimanapun, keadaan wabak pandemik yang sedang melanda seluruh dunia ketika ini tidak menghalang niat sekumpulan lelaki daripada Palestin untuk menghadiahkan ucapan hari kebangsaan buat rakyat Malaysia dengan cara yang unik.
Melalui perkongsian Twitter, sekumpulan lelaki tersebut berkongsikan ucapan ‘Selamat Hari Merdeka Malaysia’ yang dihasilkan menggunakan pasir pantai yang dipercayai di pantai Gaza.
Selamat hari merdeka yg ke-63.
سلامت هاري ميرديكا مليسيا
يوم استقلال سعيد..
Happy Independence Day Malaysia
-With love from Palestine@PCOMalaysia#merdeka #merdeka2020 #Malaysia #Palestine #Gaza #Jerusalem pic.twitter.com/XHu4Q4FYcI— Muslim Imran (@muslimbinimran) August 30, 2020
Apa yang mengejutkan, ‘projek’ di tepi pantai itu turut disertai oleh seorang kelainan upaya (OKU) Wow! Gigih nya diorang ni…
Bukan sahaja mengucapkan ‘selamat hari merdeka’ buat Malaysia, namun hasil kerja yang menggunakan pasir pantai itu turut disertakan dengan Jalur Gemilang dan bendera Palestin di atasnya.
Perkara ini membuatkan rata-rata netizen di Malaysia berasa sebak dan turut mengambil kesempatan untuk berterima kasih atas ucapan dari rakyat Palestin itu dan turut mendoakan agar Palestin turut akan mengecapi kemerdekaan yang mereka cari.
Thank you Palestine! We all love you!
Baca: Palestin Kini Hilang Dalam Google Maps, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu