in

“Sebagai ibu, saya puas hati” – ‘Abang Bas’ Ditahan, Diana Danielle Puas Hati

Syaz Ft 2024 09 06T161759.856

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, kecoh berkenaan pengguna TikTok yang dikenali sebagai ‘Abang Bas’ ditahan susulan tindakannya merakam video murid perempuan yang menaiki bas tersebut.

Pelakon serta penyanyi terkenal, Diana Danielle sangat berpuas hati dengan ketangkasan pihak berkuasa menahan individu tersebut yang dilihat merisaukan khususnya buat ibu bapa.


Artikel berkaitan: Muat Naik ‘Content’ Pelajar Sekolah Dengan Kapsyen Kontroversi, ‘Abang Bas’ Ditahan Polis

Artikel berkaitan: “Tak patut dinormalisasikan” – Nancy Shukri Arah Pemandu Bas Rakam Murid Perempuan Disiasat

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb)

“Walaupun dia cakap itu sebenarnya anak buah dia, kita pun dah tengok lately, keluarga rapat pun tak boleh dipercayai. Banyak kes haruan makan anak.

Apa Abang Bas itu ingat sebab tu anak buah dia, dia boleh ‘menggunakan’ kanak-kanak itu dan mengatakan ia hanya sekadar ‘content’?,” tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon filem Kami Histeria itu turut mempersoalkan tindakan ibu bapa kanak-kanak itu yang didakwa memberikan kebenaran kepada lelaki tersebut untuk merakam wajah anak mereka.

“Undang-undang ada untuk melindungi anak-anak walaupun daripada ibu bapa mereka sendiri yang tak peka, tak faham atau yang memang tak kisah.

Anda memilih untuk mencipta kandungan yang menunjukkan kecenderungan jenayah terhadap kanak-kanak. Tiada siapa yang boleh memberi kebenaran kepada anda untuk berbuat demikian, walaupun ibu bapa mereka,” tulisnya lagi.

Diana bagaimanapun tetap bersyukur kerana adanya undang-undang yang tegas bagi melindungi hak kanak-kanak di negara ini.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.