in

“Sebab terlupa beli ayam goreng je”- Isteri Sanggup Bunuh Suami Guna Pisau Pemotong Buah

Featured 41

Betul lah orang kata kalau terlampau ikutkan nafsu amarah kelak badan binasa.

Ini yang terjadi kepada lelaki ini apabila dia terlupa membeli ayam goreng yang dipesan isterinya sehingga nyawanya tergadai.

 

Bunuh suami sebab lupa beli ayam goreng

Memetik hopclear kejadian malang itu dipercayai berlaku di Anhui, China apabila dilaporkan seorang wanita tergamak menukan suaminya menggunakan pisau pemotong buah gara-gara suaminya pulang ke rumah dengan tangan kosong.

Mengikut cerita, suspek ada menelefon mangsa supaya membelikannya ayam goreng sewaktu perjalanan pulang dari tempat kerja. Namun disebabkan sibuk dengan urusan di pejabat, lelaki itu terlupa membeli ayam goreng tersebut.

Southern Fried Chicken With
Sumber : google

Menurut ibu mangsa, anaknya yang dikenali sebagai Wu ketika itu pulang ke rumah dengan tidak membawa apa-apa sehingga menyebabkan tercetusnya pertengkaran antara dia dan isterinya, Luo.

Wanita itu berkata, ketika pertengkaran itu berlaku dia berada di dalam bilik mandi dan tidak menyedari apa yang berlaku sehinggalah dia terdengar jeritan cucunya.

Selepas mendengar laungan cukup kuat cucunya itu, dia terus bergegas keluar sebelum terlihat anak lelakinya terbaring dalam keadaan berlumuran darah akibat ditikam isteri sendiri..Allahu sebab ayam goreng pun sampai berbunuhan

 

Bertengkar sebab tak suka ibu mentua duduk bersama

Jiran mendakwa, Wu dan Luo sering bertengkar sejak akhir-akhir ini dan ia dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati Luo kerana terpaksa menjaga ibu mentuanya.

Friedchickenmurder1

Malah difahamkan Luo sebelum ini pernah menyuruh Wu supaya menyerahkan ibu mentuanya itu kepada kakaknya namun lelaki itu enggan berbuat demikian.

Tak cukup dengan itu, Luo juga pernah memaksa ibu Wu untuk tidur di dalam bilik stor.

Hanya sebab ayam goreng je, tak masuk akal langsung!

Baca : Kami mahu bunuh diri Gadis Kembar Tak Tahan Kena Paksa Layan Bapa Tiri Bergilir-Gilir Siang Malam

Sssss