in

Sebab Rupa Atau Bakat? Ini 5 Rahsia Kenapa Industri K-Pop Dikenali Seluruh Dunia

Xxx 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

BTS, EXO, Big Bang, BLACKPINK, SuJu dan banyak lagi.


Korang tak pelik ke macam mana Korea Selatan boleh ada begitu banyak sekali band yang berkualiti dan berjaya menembusi pasaran antarabangsa?

Sebelum tu apa kata kita throwback dahulu, semuanya bermula apabila lagu Gangnam Style nyanyian Psy mendapat perhatiaan dunia dengan lirik dan tarian yang pelik, tetapi addictive!

Punyalah viral, sehingga ramai yang membuat video parody tarian Gangnam Style.

Lagu ini secara tidak langsung mempromosikan Gangnam District di Korea Selatan yang secara tiba-tiba mendapat perhatian pelancong daripada negara luar.

Tidak dilupakan juga lagu Nobody nyanyian Wonder Girls yang menjadi ikutan para lelaki di Malaysia untuk dinyanyikan kepada gadis idaman mereka.

“I want nobody nobody but you!”

Melihatkan sambutan yang luar biasa, Wonder Girls melancarkan semula lagu-lagu mereka dalam versi bahasa Inggeris pada tahun 2009.

Lebih hebat, mereka telah dijemput untuk membuat persembahan di The Jonas Brothers World Tours, sekaligus mempromosikan K-Pop di negara luar.

Eihvygku8Aavyzg

Ayuh kembali ke agenda utama kita, 5 rahsia mengapa industri K-Pop dikenali seluruh dunia.

1. Dana Daripada Kerajaan

Pada tahun 90-an, semasa Asia dilanda krisis ekonomi, kerajaan Korea Selatan memutuskan untuk menggunakan muzik bagi memulihkan imej mereka dengan membina pengaruh budaya Korea.

Eihvzdyueaessib

Jadi, mereka membelanjakan puluhan juta untuk membentuk Menteri Kebudayaan yang mempunyai bahagian khas untuk K-pop.

Sebagaimana kerajaan negara lain membelanjakan jutaan dollar untuk sektor pertahanan, macam itu jugalah mereka memberi keutamaan kepada industri K-Pop ini.

Eihvzoqucaiuzzl

Perbelanjaan ini termasuk dengan pembinaan bangunan, auditorium konsert yang bernilai jutaan dollar dan memajukan lagi teknologi hologram.

Mereka turut membantu dalam membina lebih banyak pusat karaoke, bertujuan untuk menarik lagi minat masyarakat kepada K-pop

2. Lirik Yang Catchy

“bang bang bang”
“naega jaeil jal naga”
“boombayah”

Hampir kesemua lagu K-pop mempunyai tagline yang catchy dan mudah untuk diingati.

Sehinggakan kalau korang tak faham lirik dalam sesebuah lagu, korang pasti akan sing along di bahagian tagline lagu tersebut.

Malah, setiap lirik mempunyai koreografi yang tersendiri yang sangat mudah untuk diikuti.

Jadi agak tidak mengejutkan apabila ada beberapa syarikat tempatan yang menggunakan lagu K-pop untuk mempromosikan barangan mereka.

3. Bajet Besar Untuk Setiap Lagu

Agency besar seperti SM, YG, JYP dan FNC dilaporkan membelanjakan sebanyak 100k-300K USD untuk sebuah MV, manakala agensi kecil pula membelanjakan purata 20k-100k USD.

Pembelanjaan tersebut termasuk dengan kos shooting, editing, lighting, make-up artists, pakaian, penari, binaan set dan pelakon.

Eihv8Bmucaalmdn

Agensi besar kebiasaannya mempunyai pengarah MV mereka sendiri, manakala ada juga yang melantik pengarah daripada komersial ataupun industri filem.

Kita ambil Big Bang sebagai contoh, setiap persembahan Bang Bang Bang mereka seperti sebuah konsert besar dengan penari yang sangat ramai dan konsep yang menarik.

Berapalah agak-agaknya bayaran untuk satu persembahan mereka ni?

4. Latihan Sejak Kecil

Untuk membuat debut dalam sesebuah kumpulan bukanlah mudah di Korea Selatan. Jadi boleh kita katakan kesemua penyanyi di Korea Selatan multi-talented dan memang layak!

Untuk diterima sebagai pelatih, peserta perlu menghadiri beberapa peringkat uji bakat.

Eihwrunvuaiixih

Jika diterima, peserta akan ditawarkan kontrak selama 2 hingga 4 tahun sebagai pelatih di syarikat tersebut. Namun, diterima sebagai pelatih tidak menjanjikan debut!

Kebanyakan pelatih yang diterima berhenti sekolah memandangkan latihan yang diberikan memakan masa 10 sehingga 15 jam sehari. Cuba bayangkan jika pelatih tersebut berhenti sekolah dan gagal untuk mendapat debut, tak ke musnah masa hadapan mereka?

Sebab itulah pelatih akan berlatih dan kembangkan bakat baru untuk bersaing dengan pelatih yang lain.

5. Rupa

Kita tidak boleh menafikan faktor paras rupa selebriti Korea Selatan memainkan peranan yang sangat besar dalam hal ini.

1580600586 4031630 High

Dengan stereotaip bahawa kulit putih itu cantik, dicampur pula dengan rupa yang menawan, tidak pelik jika mereka menjadi dambaan para peminat.

Jika kerajaan Malaysia belanjakan wang yang banyak untuk industri muzik, mungkin selepas ini M-Pop pula yang akan menakluk dunia. Belum cuba belum tahu kan?

 

BACA: 7 ‘X-Factor’ Pada Kumpulan Raihan Yang Membuktikan Legenda Ini Lebih Sukses Daripada Kumpulan K-Pop

Awwww

 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: AllKpop

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.