in

7 ‘X-Factor’ Pada Kumpulan Raihan Yang Membuktikan Legenda Ini Lebih Sukses Daripada Kumpulan K-Pop

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ni, jangan kata artis antarabangsa, artis-artis tempatan sendiri pun kadang-kadang sampai terlepas pandang tentang kewujudannya.


Malah dengan kemasukan artis luar di negara ini pun telah menambahkan lagi bilangan peminat dan mula lah ada kelompok sendiri mengikut kategori muzik. Contohnya artis K-Pop.

Tak dinafikan kejayaan mereka menembusi pasaran seluruh negara Asia malah dunia ini menunjukkan diri mereka patut dijadikan sebagai role model, tapi ramai yang tak tahu sebenarnya penyanyi lagenda kumpulan Raihan ini jauh lebih success daripada mereka.

 

Artis kita kena ikut artis Korea untuk diterima seluruh dunia. Tapi…

“Ramai org kata, artis kita kena ikut artis Korea utk diterima seluruh dunia. Itu new global standard untuk Asian to be recognized katanya.

Tapi agaknya ramai lupa atau buat-buat  lupa.

Raihan ialah kumpulan artis Living Legend otai paling power dalam sejarah muzik negara.”

Mereka ni ada satu pencapaian yang belum tentu artis lain dapat, malah kebanyakan yang terima pencapaian ini merupakan artis-artis luar negara sahaja. Ada je, cuma bukan calang-calang artis kita yang ada.

Jadi, ini menuntukkan bahawa artis Malaysia juga mempunyai pengaruh menerusi originaliti mereka. Ada 7 pencapaian yang dikongsikan oleh Ahmad Ashraf  ni :

 

“Raihan ialah kumpulan artis Living Legend otai paling power dalam sejarah muzik negara.”

1) Pernah dijemput Ratu Elizabeth II untuk buat persembahan nyanyian di Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel di Edinburgh.

2) Menerima surat penghormatan daripada Putera Charles untuk persembahan mereka.

3) Raihan adalah artis Malaysia ketiga yang buat persembahan nyanyian di Royal Albert Hall, selepas Sudirman dan Siti Nurhaliza.

4) Ramai peminat kipas susah mati, dipelbagai negara benua Asia, Afrika, Eropah, Timur Tengah dan Amerika.

5) Ramai peminat luar negara cuba belajar BM menggunakan nasyid Raihan. Semasa itu Youtube & Spotify belum ada lagi. Org pakai Kaset & CD lagi.

6) Tony Fernandes, sokong Raihan diperingkat awal sebagai Pengarah Urusan Warner Music, & juga menaja Raihan ke London melalui Air Asia.Tak main lah anugerah dalam negara ni.

Puji-Pujian jadi all time Malaysia’s best album (1.5 juta), 66 kali platinum. Menangis Ella dan Siti Nurhaliza jauh ditinggalkan.

7) Berapa kali masuk anugerah 500 Most Influential Muslim in the World.

Kepada anak-anak muda yang tak tahu, inilah kejayaan yang artis Malaysia sebenarnya pernah capai. Tak dinafikan ramai sahaja artis Malaysia yang berbakat tapi orang kita lebih cenderung ke arah muzik luar.

Admin salute dengan kumpulan Raihan ni, sama juga artis lain yang telah mengharumkan nama negara macam Dato’ Siti Nurhaliza, Yuna, Sheila Amzah dan ramai lagi!

Lepas lama menghilang, akhirnya muncul balik kumpulan lagenda ni, lepas buat remake lagu dengan Alif Satar tu. Please buat comeback lagi

 

Baca : Amazing Subhanallah” – Terpukau Dengar Suara Alif Satar Dalam Versi Terbaru Lagu Sesungguhnya Dengan Raihan Ini.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.