in

“Sebab kilang ni, 1.2 juta penduduk merana” – Empat Beradik Pemilik Kilang Kotorkan Sungai Ditahan

Untitled Collage 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Empat lelaki pemilik kilang yang menjadi punca kepada pencemaran air di kawasan perindustrian Sungai Gong, Rawang dilapor telah ditahan dalam satu operasi yang dilakukan malam tadi.


Bernama melaporkan, kesemua suspek merupakan adik beradik berusia dalam lingkungan 50 hingga 60 tahun. Tangkapan dibuat di kediaman mereka, selain ada yang turut ditahan selepas tampil di Balai Polis Daerah Gombak.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata — siasatan awal mendapati kilang tersebut diusahakan oleh keempat-empat suspek itu selepas kematian bapa mereka.

Menurutnya, polis akan membuat permohonan reman di Mahkamah Selayang untuk siasatan lanjut dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan.

Insiden pencemaran air yang berlaku di kawasan perindustrian Sungai Gong dilapor telah menjejaskan 1.2 juta pengguna di sekitar Lembah Klang.

Ia mengundang kemarahan orang ramai, yang terpaksa berdepan masalah gangguan bekalan air di tengah-tengah penularan pandemik COVID-19 ketika ini.

Turut membuatkan mereka kecewa, setelah siasatan mendedahkan ini bukan kali pertama kilang terbabit melakukan kesalahan seumpama itu.

 

Baca: “Kami bayar bil & kami harapkan update setiap jam!” – Penduduk Lembah Klang ‘Fed Up’ Dengan Masalah Air Di Selangor

Ayaq Takdak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.