Seorang suami tidak menyangka ikatan rumah tangga yang dibina selama 10 tahun terlerai disebabkan si isteri berlaku curang.
Perkongsian seorang lelaki di Facebook telah mencuri perhatian ramai selepas mendedahkan perlakuan curang isterinya dengan seorang lelaki bergelar doktor.
Lebih mengecewakan, si isteri melakukan hubungan sulit di tempat kerjanya yang mana selama ini si suami setia menyokong dan mempercayai isterinya sepenuh hati.
Artikel berkaitan: Tinggal Berjauhan, Suami ‘Kantoi’ Serumah Dengan Isteri Orang Yang PJJ Dengan Suami
Artikel berkaitan: “Teringat moment berdua” – Wanita Dedah Berskandal Dengan Penyanyi Terkenal, Susah Nak ‘Move On’
“Setelah 10 tahun perkahwinan, rumah tangga saya musnah. Bukan sebab miskin, bukan sebab gaduh, bukan sebab tiada quality time atau tidak sefahaman.
Tapi disebabkan ‘office wife’.“Sejak dia bekerja, saya yang support dia dari A–Z. Hantar outstation, lalui PJJ berbulan-bulan, jadi telinga masa dia stress, siapkan kerja dia bila penat, selalu tunggu bila balik lewat malam. Saya tak pernah curiga sebab saya percaya.
“Tapi rupanya, selama ini dia dibelai oleh orang yang dah berumah tangga. Berstatus profesional, dihormati masyarakat, tapi hakikatnya tak lebih daripada perosak rumah tangga orang.”
Dalam hantaran yang dimuat naik itu, dia turut memaparkan video detik-detik mencekup isterinya berdua-duaan dalam kereta dengan doktor tersebut yang juga berstatus suami orang.
Dia dilihat melemparkan kekecewaan terhadap isterinya memandangkan dia sudah berusaha memberikan peluang untuk isterinya berubah.
Dia juga meluahkan rasa kecewa apabila isterinya sanggup terjebak hanya kerana dikaburi dengan janji manis dan wang sehingga sanggup menggadaikan maruah sendiri.
Dalam hantaran itu, dia juga berkongsi sekeping dokumen permohonan cerai dengan wanita tersebut.
“Saya pilih untuk teruskan hidup, bukan sebab saya kalah, tapi sebab saya lebih sayangkan diri sendiri & anak-anak.”
Pada akhir posting, dia menyatakan perbuatan curang bukanlah satu kesilapan dan perkara ini tidak akan berlaku jika tidak melayan.
Sumber: Facebook