in

“Sayur campur special sedih kes suami tembak isteri” – Dikecam Persenda Kes Bunuh, Ini Penjelasan Maria Tunku Sabri

Collage 39

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ini bukan kali pertama bekas pengacara Jalan-jalan Cari Makan, Maria Tunku Sabri dikecam gara-gara menggunakan nama resipi yang dikaitkan dengan kes bunuh.


Sebelum ini, Maria dikecam hebat gara-gara dikatakan mempersendakan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang gugur ketika bertugas di sempadan Malaysia-Thailand tak lama dahulu dengan menamakan resipinya, “IKAN SIAKAP 3 RASA MATI TERTEMBAK DI SEMPADAN MSIA-THAI.”

Minggu lalu pula, menerusi Instagram, Maria telah kongsikan resipi sayur campur dengan menamakan menunya itu sebagai “SUAMI TEMBAK ISTERI SUMBAT DALAM TONG SEKALI DENGAN SAYUR CAMPUR SPECIAL” sebelum tukar kepada “SAYUR CAMPUR SPECIAL SEDIH KES SUAMI TEMBAK ISTERI SUMBAT DALAM TONG.”.

https://www.instagram.com/p/CMEAPJ6jF0B/

Ekoran ini, Maria telah dikecam hebat oleh netizen yang menganggap dirinya tak sensitif dan seperti sengaja mempermain-mainkan kematian orang.

“Kalau saya mati nanti, saya tak nak kematian saya dipersendakan”

Screenshot 2021 03 19 At 1.12.03 Pm

Menjawab kecaman dari netizen, Maria mengatakan yang itu bukan niatnya untuk persenda kematian seseorang tapi dia ingin memberikan nasihat secara berlapik kepada wanita di luar supaya jangan tersalah memilih suami.

Sebagai bekas pembaca berita, saya memang rasa terpanggil untuk berkongsikan apa-apa sahaja berita terkini yang berlaku dalam negara kepada pengikut saya.

“Rata-rata pengikut saya ni sibuk dan tak sempat nak baca berita, jadi dengan mengikuti Instagram saya, mereka dapat baca berita hangat yang berlaku dalam negara.

“Saya memang tak berniat langsung hendak mempersendakan kematian orang lain, sebaliknya saya hanya berkongsikan artikel insiden itu dan meletakkan nasihat kepada wanita di luar sana agar berhati-hati dalam memilih suami, itu sebenarnya niat saya.”

Katanya lagi kepada mStar, dia sebagai seorang umat Islam tahu batas-batas dalam gurauan dan bukan bermaksud untuk mencerca kejadian tersebut.

Saya ni ada akal, bukan nak kata saya ni baik sangat tapi saya tahu apa batasan-batasannya dalam bergurau.

Kalau saya mati nanti, saya pun tak nak kematian saya dipersendakan dan ahli keluarga saya dicerca orang lain. Takkanlah saya nak buat begitu pada orang lain.”

Tak cukup dengan itu, Maria juga turut meminta netizen untuk melihat secara positif dan mempunya pemikiran yang lebih terbuka supaya postingnya itu tak lagi disalah faham.

 

Baca: “SUAMI TEMBAK ISTERI SUMBAT DALAM TONG SEKALI DENGAN SAYUR CAMPUR SPECIAL” – Sekali Lagi Maria Tunku Sabri Tak Sensitif, Namakan Menu Sempena Kematian Orang

Screenshot 2021 03 19 At 1.15.46 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.