Seperti yang ramai tahu, Elyana menghidapi penyakit kanser limfoma tahap empat sejak 10 tahun yang lalu.
Difahamkan, kini kanser tersebut telah pun merebak ke beberapa organ badannya seperti rahim, hati dan pangkal paha dan kini penyanyi ini sedang menjalani rawatan kemoterapi yang disarankan oleh doktor yang merawatnya.
Malangnya, penderitaan Elyana telah menjadi “bahan” oleh beberapa ejen insuran untuk melariskan jualan mereka.
https://www.instagram.com/p/CUMYLgmFo8V/
“Anda semua seperti tiada perasaan”
Menerusi Instagram peribadi, Elyana telah meluahkan rasa kecewa akan tindakan ejen-ejen insuran yang menggunakan gambar dan video tanpa izinnya untuk mempromosikan produk mereka.
Dalam perkongsiannya itu, Elyana turut menegaskan yang dia tak beri keizinan buat ejen insuran untuk menggunakan gambar dan videonya.
Kepada semua ejen insuran yang mengambil kesempatan atas kesulitan saya, dengan menggunakan setiap video dan gambar tanpa meminta izin.
“Saya tidak izinkan sama sekali.
“Anda semua seperti tiada perasaan.”
Ekoran ini juga, difahamkan pihak pengurusan Elyana telah pun menghubungi ejen-ejen insuran yang telibat dan meminta mereka untuk memadam gambar dan video yang digunakan dengan kadar segera.
Selain itu, bekas pengurus syarikat rakam Elyana, Sam Samin ada kongsikan nombor akaun penyanyi ini bagi mengumpul dana untuk meringankan beban kos perubatan yang perlu dilaluinya.
Jika korang ingin membantu Elyana, korang boleh beri sumbangan ke akaun Maybank miliknya. Elyana 114254214344.
Semoga Elyana terus kuat melawan penyakitnya ini. Amin…
Baca: “Lebih sebulan menahan sakit sampai tak tidur, akhirnya saya mengalah. Bismillah” – Elyana