in

“Saya takut nak balik ‘on time'” – ‘Intern’ Stress Dipalau Waktu Kerja

Intern Makan Sorang Dipalau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Latihan Industri atau praktikal adalah salah satu cara untuk seorang individu menambah pengetahuan dan mengasah ‘skill’ sebelum menempuh alam pekerjaan.


Walaubagaimanapun, bukan semua orang mendapat pengalaman yang sama.

Pexels Fauxels 3183197

Baru-baru ini tular satu ‘posting’ di Facebook yang menceritakan tentang pengalaman seorang ‘intern’ yang rasa dirinya dipalau oleh rakan-rakan lain.

“Saya seorang intern yang baru sahaja bermula beberapa hari yang lalu. Saya perasan kebanyakan rakan sekerja saya tidak suka balik tepat pada waktunya dan mereka akan selalu OT. Mereka yang lain pula akan tunggu dan berborak selepas kerja,” katanya.

Perkara tersebut telah membuatkan dirinya serba salah untuk balik awal. Tambahan pula, dia merupakan satu-satunya ‘intern’ di syarikat tersebut. Itu yang membuatkan dia tiada kawan untuk berkongsi masalah kerja.

Beliau juga menyatakan yang rakan sekerjanya tidak pernah mengajaknya untuk makan bersama waktu ‘lunch’.

Pexels Karolina Grabowska 8547533

“Saya berasa kesunyian dan tidak pasti jika dapat terus begini selama 4 bulan,” tambahnya lagi.

Rata-rata netizen memberi kata semangat kepada pemuda tersebut melalui komen di ‘posting’ FB tersebut.

‘Intern’ ni pun manusia juga, kita kena lah jaga dorang sama sama ajak makan ‘lunch’ sekali pun confirm dorang happy.

Baca : Lelaki Sebak Sebab Pertama Kali Dapat Kek ‘Birthday’ Yang Diberi Oleh Rakan Sekerja

Blktv.c 758X399 1

Sumber: Pexels

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.