in

“Saya takkan lupa…” – Lelaki Ini Terharu Peniaga Malaysia Enggan Terima Bayaran Sebab…

Peniaga Malaysia Warga Palestin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dinafikan, Malaysia antara negara yang sering disebut dan diketahui oleh warga Palestin kerana negara kita antara yang terawal dalam misi bantuan kemanusiaan.

Ketika mereka diterbangkan ke sini untuk menerima rawatan, mereka turut meluahkan rasa terharu dengan layanan yang diterima daripada rakyat Malaysia.


Baru-baru ini, seorang lelaki warga Palestin berkongsi sebuah video meluahkan rasa terharunya dengan layanan yang diterima daripada seorang peniaga ketika tiba di Malaysia.

Artikel berkaitan: “Malaysia cantik!” – Netizen Luah Rasa Terharu, Akui Sebak Lihat Reaksi Rakyat Palestin Ketika Tiba Di Malaysia

Artikel berkaitan: “Ingat nak sangat ke jadi rakyat M’sia?” – Izara Aishah Selar Individu Kritik Malaysia Bawa Masuk Warga Palestin

@yahya.almadhoun

welcome to Malaysia From Gaza to Malaysia🇲🇾❤️🇵🇸 🥰TERIMA KASIH @Mehmet İzudin Gül ✌️TERIMA KASIH SEMUA #سفر #رحلات #رحلة #إجازة #زيارة #عطلة #متعة #سياحة #سائح #بر #بحر #جو #فضاء

♬ original sound – chel🥀 – chel🥀

Menerusi perkongsian lelaki bernama Yahya, ketika itu dia mahu membeli jagung yang dijual oleh seorang peniaga wanita di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Dalam video tersebut, dapat dilihat peniaga terbabit menjual jagung cawan lemak manis dan jagung rebus. Kedengaran Yahya cuba mengira dalam bahasa Melayu walaupun pada awalnya dia menegur peniaga terbabit dalam bahasa Inggeris.

Dia membeli setongkol jagung rebus dan secawan jagung lemak manis dan sempat mengucapkan terima kasih ketika peniaga itu membungkus makanannya.

Pada akhir video, Yahya mengatakan dia ada berbual dengan peniaga itu dan apabila mengetahui Yahya seorang warga Palestin, peniaga tersebut enggan menerima wangnya sebagai tanda belanja.

Kejadian itu membuatkan Yahya berasa terharu dan pada masa yang sama memuji sikap rakyat Malaysia.

“Dia enggan ambil duit itu. Saya tidak akan lupakannya,” tulis Yahya.

@yahya.almadhoun

الرد على @jst.jenniferjay Sorry guys for this English from Friday Market 😂✌️ Great Malaysian people Watch till the end great lady knew that we were from Palestine and refused to take the bill. #طبخ #طعام #اكل #شواية #طبخي #مطبخ #طبيخ #كبسة #رز #هندي #بخاري #مندي #حلا #كيك #كعكة #طباخ #مطبخي #غرد_بصورة #صورة #عرب_فوتو #الطبخ_العربي #المطبخ_العربي #المذاق_العربي #طعام_ساخن #فواكه #فاكهة #فرولة #برتقال #موز #فروت #شاورما #مطعم #مطاعم #saafee_hashtags

♬ الصوت الأصلي – Yahya

Ruangan komen video itu dibanjiri oleh netizen Malaysia, rata-rata mengucapkan terima kasih kepada peniaga terbabit atas layanan yang diberikan.

Dalam pada itu, netizen turut mengalu-alukan kedatangan Yahya ke Malaysia yang mana dia dan keluarganya baru tiba di sini beberapa hari lepas.

Screenshot 2024 09 09 161015

 

Difahamkan, Yahya juga merupakan pelarian dan dikenali dalam kalangan pengguna TikTok kerana sering berkongsi mengenai cabarannya di platform itu.

Terima kasih orang baik…

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.