in

“Saya tak rasa desakan untuk meletak jawatan itu adalah supaya saya benar-benar berundur” – Fadhlina Sidek

ft fadhlina sidek respom letak jawatan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berjanji akan menjadi lebih baik dalam menjaga kebajikan pelajar sekolah dan kementerian yang diterajuinya.

Beliau melihat desakan untuk meletak jawatan susulan beberapa insiden besar yang berlaku di sekolah sejak kebelakangan ini sebagai satu panggilan untuk melakukan lebih baik daripada usaha yang sudah dan sedang beliau laksanakan dalam sistem penyampaian Kementerian Pendidikan (KPM).


Artikel berkaitan : “Tak bermaksud kes disembunyikan” – Fadhlina Sidek Tampil Perjelas Maksud ‘Sembunyi Bawah Karpet’

Artikel berkaitan : “Saya janji takkan ulangi lagi” – Individu Mohon Maaf Fitnah Fadhlina Sidek

 

Anggap desakan letak jawatan sebagai pembakar semangat

Screenshot 2025 10 23 172616

Jelasnya lagi, keutamaannya adalah kebajikan murid sejurus sahaja dilantik sebagai Menteri Pendidikan.

“Saya tak rasa desakan untuk meletak jawatan itu adalah supaya saya benar-benar berundur.”

“Malah, ia sepatutnya menjadikan ia sebagai satu perkara yang dilihat sebagai ‘anda perlu buat yang lebih baik’.”

Kenyataan ini dibuat berikutan dengan desakan daripada sekumpulan individu yang terdiri daripada pelajar, aktivis dan orang awam berhimpun di Parlimen berarak dari Taman Tugu membawa mesej agar Fadhlina berundur daripada memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan.

Menurut sumber, beliau sendiri menerima memorandum itu selepas diserahkan di luar pagar Parlimen.

Imbau zaman PMX semasa pegang jawatan Menteri Pendidikan

Menurut Fahlina, dua individu yang digesa untuk meletakkan jawatan adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dirinya.

Katanya, sejak memegang jawatan tersebut pada tahun 2022, banyak perkara yang beliau terpaksa hadapi. Namun, ia bukanlah bermakna yang beliau tidak menjalankan tanggungjawabnya.

Screenshot 2025 10 23 173002

“Saya tak defensif, banyak kelemahan sudah tentu. Tapi fokus kita masih lagi soal menambah baik, soal melakukan yang terbaik.”

Di samping itu, beliau turut kongsikan pesanan dan nasihat daripada Perdana Menteri Malaysia (PM) berhubung dengan isu yang membabitkan kementeriannya sejak baru-baru ini.

Katanya, PM memaklumkan bahawa beliau berdepan dengan situasi lebih teruk saat beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan pada lebih 30 tahun lalu.

Pada waktu itu KPM dan Anwar berdepan kecaman selepas berlaku insiden kebocoran soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Saya fikir, satu-satunya pesanan Perdana Menteri kepada saya ialah sabar. Sebab dia kata zaman dia lagi teruk, masa dia jadi Menteri Pendidikan.

“Saya rasa dia sebut semasa Perhimpunan Agung UMNO, masa itu ada soalan SPM bocor dan orang kutuk dia dan dia kata ‘kita akan buat yang lebih baik’. Jadi saya katakan sekarang, ‘kita akan buat yang lebih baik’.”

Sumber : Harian Metro

Sumber: Harian Metro
Sumber: Bernama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.