in

“Saya tak peduli kecaman netizen”- Abang ‘Malu Apa Bossku’, Ron Kamisan Sangkal Dakwaan Dikatakan Talam Dua Muka Dan Opportunist, Tapi….

Feat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak tau dengan tagline ‘Malu Apa Bossku’ dan ‘Bukan Biashe Biashe’, Rasanya seantaro Malaysia memang dah familiar sangat dengan tagline tersebut malah ia turut menjadi siulan golongan-golongan muda di negara ini.


Tapi korang tahu tak yang tagline tersebut sebenarnya telah dicetuskan oleh seorang anak muda yang bernama Mohd Nor Kharoni Khamisan atau lebih popular dipanggil Ron Kamisan.

Selepas sahaja tagline tersebut semakin popular selepas ia digunakan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, anak muda Ron Kamisan ini mula menjadi tumpuan especially di media sosial.

Menurut mStar, pemuda ini acapkali muncul dalam video yang menunjukkan dia meluangkan masa bersama Datuk Seri Najib selain pada masa sama foto lamanya bersama Tun Dr Mahathir turut di ‘post’ semua di media sosial..haa macam mana la orang tak kata lalang.

Disebabkan muka Ron Kamisan ini jelas terpampang di video bersama Najib dan foto bersama Tun Dr Mahathir maka rata-rata netizen ‘sebulat suara’ mengatakan yang pemuda tersebut sebagai Talam Dua Muka.

Mana tak nya, dia yang juga dipanggil ‘Abang Malu Apa Bossku’ dianggap sebagai pengikut setia Najib, sebab boleh dikatakan dalam video Najib, ada sahaja muka pemuda ini sedangkan cover photo facebook beliau masih menggunakan foto bersama perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

2 3

11

7
Sumber : instagram

So disebabkan dah terlampau ramai yang mengatakan dia ini jenis ‘ambil kesempatan’ dan ‘kaki kipas kuat’, pemuda berusia 33 tahun ini tampil menjelaskan keadaan sebenar.

Katanya, penglibatan dia bersama mantan perdana menteri, Datuk Seri Najib adalah kerana program permotoran secara santai bersama anak muda di bawah pergerakan ‘Malu Apa Bossku’ yang dikendalikannya.

Bossku

Malah menjelas lanjut, dia berkata Najib pada ketika itu hanya datang secara santai, berselfie selain bertemu penduduk tanpa melibatkan urusan atau bercerita tentang politik.

OK! Macam mana pulak dengan Tun Dr Mahathir? Haa..jawab!

“Mengenai Dr Mahatahir pula, saya berpeluang berjumpa beliau kira-kira dua minggu sebelum PRU tahun lalu untuk dapatkan tandatangan beliau pada plat memorial ‘Lepaking’ dan kini juga ditandatangani Najib.”

6 1
Sumber : instagram

Katanya, Malaysia sebagai negara demokrasi memberi ‘ruang’ kepada rakyat untuk bersuara dan selain mempunyai hak dalam memilih.

Pemuda yang berasal dari Kuala Lumpur itu juga menyifatkan pertemuan dengan kedua-dua pemimpin itu sebagai peluang keemasan untuk dia berkongsi pandangan sebagai anak muda.

“Siapa tak nak peluang untuk bersemuka dan bersama bersama bekas Perdana Menteri dan Perdana Menteri. Bukan setakat Najib atau Tun Mahathir saja tapi bersama mantan pemimpin yang lain pun saya akan ambil peluang ini.”

“Saya ni level biasa-biasa saja. Kalau jumpa mereka di depan khalayak ramai itu adalah biasa. Tapi kalau dapat peluang bersemuka depan-depan dan duduk bersama berbual itu peluang keemasan.”

Ron Kamisan berkata dia adalah neutral dan menolak tepi hal politik sebaliknya hanya berniat untuk membantu anak muda dalam membangunkan keusahawanan selain mengubah persepsi masyarakat terhadap mat-mat motor.

Ron

“Ada yang kata bila Najib bersama mat-mat rempit ini beliau dikatakan telah menjatuhkan imej sebagai negarawan. Tapi orang ramai tidak tahu orang-orang di samping Najib itu semuanya usahawan. Ada kereta besar, motor besar. Mat rempit sekarang bukan biasa-biasa. Jangan ingat mat motor ni peragut je.”

Disebabkan Ron Kamisan ni nampak banyak meluangkan masa dengan Najib, maka ramai yang menggelarkan pemuda ini sebagai ‘opportunist’ namun perkara tersebut disangkal pemuda tersebut..eh bukan ke?

“Cuma ketika ini saya mempunyai lebih banyak masa dan peluang bersama Najib. Masa saya viral dengan Najib pun, saya tak padam gambar dan video bersama Tun Mahathir.”

“Apa masalahnya letak gambar Tun Mahathir? Saya hargai sebab bangga dapat bergambar dengan beliau. Kalau saya ni ‘lalang’ dah lama saya padam gambar bersama Perdana Menteri.”

Saya tak ambil peduli kecaman netizen. Malah, saya anggap sebagai pemasaran percuma untuk saya dan perniagaan saya serta tagline ‘Malu Apa Bossku?’.”

Haa korang pandai-pandai je cakap Abang Sado Ron Kamisan ni lalang, opportunist, talam dua muka semua lah, tak baik tau.

Husnuzon okay, semoga niat Ron Kamisan untuk bangunkan anak-anak muda ni tercapai.

Baca : Talam dua muka ke budak ni? Penyokong Najib Mula Rasa Tak Sedap Hati Dengan Ron Kamisan, Abang #MaluApaBossku

Maluapabossku 1 768X404 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.