Ahad lepas, Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana telah diijabkabulkan, tapi ada pula yang tak senang pasal hari bahagia mereka ini.
Nadzmi dan Ardell yang sebelum ini berkawan baik, diaorang ni sangat akrab masa berkawan, tapi suasana berubah dan masing-masing tersipu malu selepas mereka dah akad nikah.
Jangan gelar isteri saya minah gigil , perempuan parkinson , perempuan cacat serta saya tak kisah andai ada yang buat parody saya & isteri untuk menjadi bahan gelak tawa nitizen, cuma jangan HINA isteri saya”
Itu lah sebabnya netizen jadi bitter bila tengok saat Nadzmi nak sarungkan cincin nikah kepada Ardell. Ardell dilihat menggigil dan gementar pada saat itu dan netizen meluat sebab masa mereka berkawan boleh bertepuk tampar, mereka dilabel hiprokit.
Bagaimanapun ada yang membela mereka, isu itu semakin mereleret di media sosial hingga kini. Memandangkan terlalu banyak tohmahan yang mereka terima. Nadzmi akhirnya buka mulut dan menjelaskan keadaan Ardell yang sebenar.
Ardell sebenarnya mengalami anxiety dan depression yang agak teruk. Itu sebab lah dia tak dapat nak kawal rasa gementar saat dia disarungkan cincin.
Baca penjelasan dia kat sini
https://www.instagram.com/p/B1_LxaBAbxK/
Jadi, tak perlu lah nak hina kebahagiaan orang. Kita tak nampak situasi sebenar mereka, jadi apa kata kita doa yang baik-baik untuk mereka.