in

“Saya tak ada rumah” – Adira Kasihan Datuk Red Buat ‘Live’ Dalam Kereta, ‘Call’ Bagi Guna Studio Di Rumah

Adira Datuk Red Studio

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun sudah bercerai pada 24 April lalu, usahawan Datuk Seri Adnan Abu masih mengekalkan hubungan baiknya dengan bekas isteri keduanya, Adira Suhaimi.

Difahamkan, Datuk Red sedang berusaha melangsaikan hutangnya dengan melancarkan beberapa barangan jualannya di media sosial.


Terbaharu, Datuk Red mahu melancarkan produk baharunya namun dia hanya mampu melancarkan jenama minyak wangi sendiri di dalam kereta kerana kekangan kewangan.

Artikel berkaitan: “Janji Adira ada” – Netizen ‘Impress’ Adira Masih Tolong Dato Red Berniaga

Artikel berkaitan: “Memang dah tiada harapan” – Datuk Red Akur Kalau Terpaksa Cerai Isteri Pertama

“Orang launching macam produk minyak wangi di tempat yang gah-gah, saya dalam kereta saja.

“Tak balik rumah sebab hari ini secara rasminya saya tak ada rumah,” katanya menerusi sesi live di TikTok pada Selasa.

Adira bagi tumpang buat live di studio rumahnya

Bagaimanapun, semasa melayan pengikutnya di ruangan komen, secara tiba-tiba telefonnya berdering dan individu yang menelefonnya adalah Adira.

Menurut Datuk Red, Adira meminta dia untuk tidak melakukan sesi live di dalam kereta, sebaliknya memberi keizinan kepadanya untuk menggunakan studio di rumah penyanyi itu.

“Dia (Adira) telefon saya suruh guna studio dia di tingkat atas (rumah). Saya baru ingat nak tipu sekali rupanya dia ada tengok saya tengah live sekarang ini. Dua abang dia ada dekat rumah,” jelas Datuk Red.

@putehhhx

#adirasuhaimireal #adirasuhaimi #datored #abgred #adirasuhaimidatored #datoredadira #datinredabgred #adirasuhaimidatukred #abgredadirasuhaimi

♬ Masa Laluku – Kangen Band

Dalam video TikTok yang dirakam semula pengikutnya, Datuk Red menyambung semula sesi live di dalam studio dan kelihatan Adira sedang menemaninya.

Perkongsian video itu meraih perhatian netizen, rata-ratanya memuji tindakan murni pelantun lagu Ilusi ini.

Screenshot 2024 05 15 172710 Screenshot 2024 05 15 172742

Pada 14 Mei lalu, Datuk Red turut menceraikan isteri pertamanya iaitu Sharifah Norshafila yang lebih dikenali sebagai Datin Red dengan talak satu.

Kedua-dua bekas isteri Datuk Red difahamkan tidak menuntut sebarang nafkah daripadanya berikutan situasi kewangannya.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.