in

“Saya tahu ia haram” – Tidak Mahu Dilabel Hipokrit, MK Jawab Pasal Isu Suka Pakai Gelang & Rantai Emas

Featured Image Mk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni, bila disebut sahaja nama penyanyi rap yang semakin meningkat naik namanya iaitu MK, mesti ramai yang kenal kan?


Penyanyi berusia 24 tahun itu cukup dikenali dengan lagu Haa Tepok kini sudah mempunyai hampir 37 juta tontonan di Youtube.

75483278 154232392553687 4392476040706453190 N
Gambar hiasan

Namun begitu, namanya juga sering menjadi sebutan dalam kalangan netizen kerana penyanyi rap ini suka menggayakan gelang tangan dan rantai emas.

Menurut MalaysiaKini, Muhammad Hairi Amin Hamdan atau MK tahu dan sedar akan hukum menggayakan barangan yang berupa emas.

11 1
Sumber: instagram

Dia juga berkata bahawa dalam islam, memakai emas adalah haram hukumnya bagi golongan lelaki dan itu tidak menjadi penghalang kepadanya untuk terus selesa menggayakan perhiasan tersebut.

“Saya sedar dan tahu (salah di sisi hukum agama), tapi sebab minat, langgarlah (pakai juga).

“Bagi saya tu perkara biasa. Daripada jadi penipu, baik jadi diri sendiri. Sendiri mau tanggung, keep it real,” katanya.

15
Sumber: instagram

Tambahnya lagi, dosa merupakan urusan peribadi yang perlu ditanggung sendiri oleh individu yang melakukannya. Jadi tidak wajar jika dia sendiri yang hendak memakai emas, tapi dihukum oleh orang lain.

“Kita masing-masing adalah pendosa, jadi ini bukan sebab untuk netizen menjatuhkan hukum,” katanya.

Sebelum ini, ramai netizen yang mempersoalkan mengenai penggunaan rantai dan gelang emas ke atas diri penyanyi rap itu.

14
Sumber: instagram

Namun begitu, MK menjelaskan bahawa dia hanya memakai barangan kemas tersebut semasa membuat persembahan sahaja. Dia turut berkata barang kemas yang di pakai itu bukan bertujuan untuk mengajar peminat yang berusia lebih muda untuk mengikuti perbuatan tersebut.

“Saya tak ada niat nak ajar benda tak baik pada sesiapa. Imej saya bukan bertujuan untuk memprovokasi peminat dan sebagainya.”

“Jika nak katakan saya beri contoh tak baik, ramai lagi artis lain yang selalu berbuat perkara seperti tu tapi mengapa saya yang selalu mendapat perhatian,” katanya

Benda yang baik kita ikut, yang tak elok pula jangan lah ikut.

 

Baca: “Nampak sangat MK tak selesa” – Ambil Kesempatan Waktu Bergambar, Wanita Ini Kena Kecam Dengan Netizen

Mk 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.