in

“Saya suka tengok senyuman mereka” – Lelaki Ambil Inisiatif Pergi Rumah Orang Tua Tawar Gunting Rambut Secara Percuma

Hnijkolp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila cakap pasal aktiviti kemasyarakatan ini, sudah tentu kita akan terfikir lokasi-lokasi yang menjadi lazim untuk semua orang pergi membantu golongan-golongan yang dalam kesusahan dan memerlukan.


Misalnya, lokasi yang menjadi pilihan seperti rumah anak yatim, orang tua dan kebanyakan rumah ibadah di yang berdekatan. Antara aktiviti yang sering dilakukan termasuklah bergotong-royong, mengadakan bengkel kemahiran seperti kelas menjahit dan sebagainya.

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan seorang lelaki yang melakukan aktiviti kemasyarakatan di salah sebuah rumah orang tua.

Lelaki ambil inisiatif pergi rumah orang tua tawar gunting rambut secara percuma

Video berdurasi 23 saat itu telah dikongsikan di laman TikTok William Seng yang memaparkan dirinya yang mengambil inisiatif pergi ke pusat kebajikan rumah orang tua untuk menawarkan perkhidmatan gunting rambut secara percuma.

@williamsengg

Today was a special day to me I’m really glad to have to the time to do this for them💛I’m glad they liked the haircuts and they were all so nice 🥺#haircut #oldfolkshome #fyp #xyzbca #malaysia #williamsengg

♬ Angel Baby – Slowed – Troye Sivan & xxtristanxo & Slowed Radio

“Saya beri perkhidmatan menggunting rambut di rumah orang tua harini.”

Menerusi video tersebut, dia juga mengambil kesempatan mendengar mengenai kisah kehidupan mereka seperti bagaimana mereka boleh tinggal di pusat kebajikan ini.

“Mendengar cerita mereka semasa menggunting merupakan bahagian kegemaran saya.”

Melihat raut wajah mereka yang gembira membuatkan lelaki tersebut bersyukur dan bertuah dapat membantu mereka walaupun hanya memberikan perkhidmatan yang kecil iaitu sekadar menggunting rambut mereka.

“Saya gembira melihat mereka suka dan saya bersyukur melihat senyuman mereka yang tulus.”

Netizen terharu dengan tindakan lelaki itu

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen sangat terharu dan memuji melihat tindakan lelaki tersebut. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk memuji rupa lelaki tersebut sebab tampak kelihatan kacak di dalam video. Amboi!

Screenshot 2022 08 26 At 4.57.44 Pm

Screenshot 2022 08 26 At 4.59.07 Pm

Screenshot 2022 08 26 At 4.59.27 Pm

Bukti masih ramai orang yang baik hati di dunia ini. Terima kasih abang!

Baca: “Rambut dipotong masa tidur”- Viral Kes Buli di MRSM Kuantan, Hingga Kini Pelaku Masih Misteri

Screenshot 2022 08 26 At 5.03.08 Pm

 

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.