in

“Saya sudah dirasuki setan”- Suami Kerat Telinga Isteri Sebab Asyik ‘Lepak’ Rumah Jiran & Tak Masak Kat Rumah

Tahan 9 1

Seorang lelaki di Desa Bukit Sutra, Sulawesi Selatan tergamak memotong telinga isterinya selepas dikatakan wanita itu lebih suka tidur di rumah jiran dan tidak melayaninya di rumah.

Bukan itu sahaja, lelaki berusia 43 tahun itu mendakwa yang isterinya turut tidak memasak, lapor Tribunnews.

Akibat berasa jengkel dan tidak tahan dengan ‘keadaan’ itu, lelaki tersebut bertindak memotong telinga isterinya yang berusia 39 tahun sebelum diberikan kepada pihak polis.

Karena pelaku merasa jengkel dan marah kepada istrinya yang selalu bermalam di rumah tetangganya, katanya istrinya juga jarang meyiapkan makanan,”

Tahan 9

Dilaporkan yang lelaki tersebut ketika ditangkap menyerahkan telinga beserta senjata seperti pisau kecil yang tajam, digunakan untuk memotong telinga isterinya itu.

“Potongan telinga korban dimasukkan ke dalam botol sebagai barang bukti,”- Iptu Syarif Sikati, Ketua Polis Daerah Larompong

Mengikut pengakuan lelaki itu kepada polis, katanya isterinya bukan sahaja tidak menyiapkan makanan dan tidur di rumah jiran, malah wanita itu turut melawan dan menendangnya.

 

“Dia melawan dan kemungkinan saya sudah dirasuki setan…”

Katanya dia sudah memberikan nasihat dan mengingatkan isterinya supaya tidak mengulangi perbuatannya lagi, namun isterinya sebaliknya menendang peha lelaki itu sebelum dia menarik telinga isterinya.

Lelaki itu berkata dia menyesal dengan perbuatannya kerana niat dia pada awalnya hanyalah untuk memberi peringatan dan mengancam wanita itu supaya tidak melakukan perbuatan itu lagi.

Tetapi karena dia melawan dan kemungkinan saya sudah dirasuki setan maka terpaksa saya lakukan,”

Polis memaklumkan keadaan mangsa semakin pulih cuma mengalami trauma akibat kejadian berkenaan.

 

Baca : Ingat BF tanam atau bakar- Cebisan Tubuh Mayat Bayi Lelaki Dibuang Dalam Lubang Najis, Suspek Baru 20an?

Baca 17 12

Sumber: Sabah Post