in

“Saya sekeluarga mohon maaf” – Bapa Kata Anak Bergurau Londeh Seluar Kawan, Tak Mahu Panjangkan Kes

Ft Anak Dikurung Bapa Minta Maaf 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lepas telah tular berita mengenai seorang kanak-kanak darjah 1 yang didakwa telah dikurung dalam sebuah bilik berpagar besi seperti penjara di sekolahnya.


Difahamkan, murid tersebut telah dikurung selepas melondehkan seluar murid lain di sekolahnya sebagai gurauan.

Bapa murid yang hanya mahu dikenali sebagai Azrul itu memaklumkan disebabkan kejadian itu anaknya kini mengalami trauma.

Whatsapp Image 2023 06 28 At 19.06.18

“Anak saya tidak mahu hadir ke sekolah sebab trauma, takut akan dimasukkan ke dalam ‘penjara’ itu lagi,” ujarnya.

Menurut Azrul, satu perjumpaan telah dibuat antara pihaknya bersama wakil sekolah, polis dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Astana Raja, Rembau, Negeri Sembilan.

Selepas perbincangan berkenaan, Azrul memberitahu dia telah menerima penjelasan daripada pihak sekolah dan memaafkan kejadian yang berlaku.

“Saya tak nak panjangkan kes ini kerana memikirkan keadaan anak saya yang masih bersekolah. Saya berharap kejadian seumpama ini tidak berulang lagi pada masa akan datang. Saya juga minta tempat tersebut dibuka dan jangan jadikan sebagai tempat kurung budak-budak dalam tu,” katanya.

Fznc4Etwiaaduvr

Dalam pada itu, Azrul turut momohon maaf dan menyesali di atas kejadian yang berlaku serta menyatakan bahawa dia akan menasihati anaknya agar tidak mengulangi perbuatan berkenaan.

“Saya sekeluarga memohon maaf kepada pihak yang terlibat. Kami menyesali atas perbuatan anak kami.”

“Saya akan menasihati anak saya agar tidak mengulangi perbuatan tersebut pada masa akan datang,” jelasnya.

Screenshot 16 2

Terdahulu, telah dilaporkan seorang murid darjah 1 yang dikurung didalam bilik berpagar selepas dikatakan melondehkan seluar murid lain dan menjadikan kejadian itu sebagai satu gurauan.

Susulan itu, ibu bapa murid berkenaan telah bertindak menularkan perkara tersebut demi mendapatkan penjelasan daripada pihak sekolah.

Ohh ni rupanya penjelasan bapa dia harap kes ni dapat selesai lah dengan cara baik.

Sumber: mStar

Baca : “Kenapa nak kena kurung?” – Pelajar Darjah 1 Didakwa Diletak Dalam Bilik Berpagar Besi Untuk ‘Pengasingan’

Kurung Pelajar Dalam Pagar Besi 728X383 1

Sumber: Utusan
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.