in

“Saya sampai menangis keluar dari pejabat agama” – Perkahwinan Balkisyh Tertunda Hampir Setahun Sebab Gagal Jejak Bapa Kandung

Balkish4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon yang terkenal dengan drama komedi Mak Cun Balkisyh Semundur Khan, 34 memohon jasa baik Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam memudahkan proses perkahwinannya.


Ini kerana perkahwinannya hampir setahun ditangguhkan kerana gagal menjejaki bapa kandungnya, Semundur Khan Gulam Khan dimana dia perlu menjadi wali kepadanya.

Menurut Balkisyh, dia sudah berusaha mencari bapanya itu termasuk membuat semakan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen, tetapi gagal. Lapor Harian Metro.

 

Ikut perancangan saya nak berkahwin hujung tahun lalu, tapi tertunda disebabkan masalah wali. Sejak itu saya mula mencari bapa. Ada dapat maklumat daripada keluarga di Sabah, tapi ia tidak tepat “

Balkish2

Katanya lagi, dia sudah buat carian di JPN untuk mengenalpasti rekod kematian dan alamat terakhir. Namun, didapati bahawa ayahnya masih hidup kerana alamat terakhirnya di Tawau Sabah. Malangnya, rumah itu dijual sejak lima tahun lalu.

“Dalam semakan Jabatan Imigresen pun ayah tiada rekod keluar masuk negara sejak empat tahun lalu. Jadi, saya semakin buntu dan tiada petunjuk langsung jika benar-benar pihak jabatan agama tetap mahukan wali daripada bapa kandung.”

Tambahnya lagi dia sudah lapan kali turun naik pejabat agama namun permohonan tetap ditolak.

“Saya pernah menangis keluar dari pejabat agama sebab memikirkan kenapa terlalu rumit prosedur nak berkahwin. Kalau diikutkan saya janda dan pernah berkahwin. Tapi, saya tetap berusaha.”

Biarpun sudah mengemukakan wakil lain seperti bapa saudaranya, ia tetap ditolak. Bila ditanya penyelesaian terbaik, pihak mereka tiada jawapan.

Malah, mereka juga mahukan saksi dalam kalangan ahli keluarga. Ia  merupakan satu perkara mustahil baginya kerana wabak Covid-19 ini telah membataskan ahli keluarga untuk berkahwin semata-mata untuk urusan perkahwinan.

Menurut Balkisyh, pihak mahkamah hanya membenarkan dia menggunakan wali hakim selepas mendapat kelulusan daripada JAWI.

 

Baca : “Tidur atas tempat pembuangan najis” Lima Beranak Terpaksa Berteduh Dalam Kandang Lembu Sejak 8 Tahun Lepas Rumah Terbakar

Lima Beranak

 

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.