in

“Saya nampak tiga lembaga berbulu hitam berdiri atas beranda, bila panggil pengamal perubatan islam, lebih teruk diganggu”

Lembaga Hitam 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Anak saya Haikal nampak kelibat tiga lembaga hitam di dalam rumah, tetapi tidak berani tengok lama kerana takut,”

 

Itu perkongsian seorang wanita yang dikenali sebagai Sharifah Mazian Syed Mohd yang mendakwa rumah teres dua tingkat yang didiaminya di Taman Temerloh Jaya, Temerloh diganggu ketukan misteri selama tiga hari berturut-turut sejak 27 Disember lalu.


Malam pertama, mangsa mendakwa mendengar beberapa kali ketukan kuat pada pintu rumah namun dia tidak membuka pintu tersebut kerana pernah mendengar kisah ketukan pintu misteri sebelum ini.

Saya nampak kelibat tiga lembaga berbulu hitam berdiri di atas beranda di tingkat atas rumah, sungguh menyeramkan dan menakutkan.

Lembaga Hitam

Katanya, mereka juga ada memanggil pengamal perubatan islam untuk memulihkan kawasan rumah itu namun pada malam kejadian, lebih banyak ketukan misteri yang diterimanya.

“Cabaran dihadapi ibu tunggal bersama dua anak lelaki berusia tiga dan 12 tahun serta seorang anak perempuan berusia 18 tahun adalah pada malam ketiga kerana gangguan semakin hebat dan menyeramkan.

“Pada 9 malam, saya menerima panggilan telefon daripada mangsa dan dalam keadaan terketar-ketar dia memberitahu ketukan pintu berlaku lagi dengan lebih kuat.

“Malah saya dapat mendengar bunyi ketukan itu menerusi telefon bimbit dan saya bergegas ke rumah itu sekali lagi bersama Ustaz Azmi bagi membantu keluarga itu,”

Malah ada waktu, ketika dia dan beberapa jiran berada dalam rumah membaca ayat suci al-quran, secara tak semena-mena botol mineral dibaling secara tiba-tiba ke arahnya seolah-olah makhluk itu mengamuk.

1

Bukan itu sahaja, mereka turut diganggu bunyi kaki menaiki tangga dalam keadaan menghentak kaki dengan kuat ke tingkat atas.

Salah seorang anaknya turut memberitahu yang dia ternampak tiga kelibat lembaga hitam dalam rumah.

 

Sumber : Harian Metro

Ya Allah scarynya, ingat dah tak ada dah.

Baca : “Dia lompat dalam bilik!” ; Wanita Dakwa Cucu Diganggu Wanita Berpakaian Putih, Sampai Demam Terkejut

Baca

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.