in

“Dia lompat dalam bilik!” – Wanita Dakwa Cucu Diganggu ‘Wanita’ Berpakaian Putih, Sampai Demam Terkejut

Ft Flat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak dua menjak ini kerap kali terdengar kisah gangguan makhluk halus di beberapa tempat berlainan secara berterusan. Seolah-olah ia ‘berjangkit’.


Kini, Flat Tasek 64 di Masai, Johor pula menjadi ‘persinggahan’ baharu?

Seorang penghuni di flat berkenaan mendakwa cucunya diganggu oleh makhluk halus sehingga demam kanak-kanak itu dibuatnya.

Flat

 

Mengalami beberapa gangguan misteri

Operator kilang, Norhashimah Mahussin, 40, mendakwa, kejadian itu dialami cucunya yang berusia empat tahun pada Ahad lalu selepas melihat wanita berpakaian putih lalu di koridor, lapor Kosmo.

“Wanita itu macam hendak pegang dia (cucu), jadi dia menjerit dan menggigil ketakutan.”

Dua hari kemudian pula, dia diganggu oleh lembaga hitam.

Flat1

 

Dakwa kanak-kanak tersebut, dia ternampak lembaga hitam melompat masuk ke dalam salah sebuah bilik rumah mereka yang sudah didiami sejak empat tahun lalu.

Cucu turut mendengar bunyi ketukan dan cakaran pada tingkap bilik.

Flat2

Selepas kejadian itu, cucu saya demam hingga hari ini.”

Puan Norhashimah memaklumkan perkara ini dalam kumpulan Whatsapp penduduk, rupa-rupanya ada penduduk lain yang alami gangguan sama!

 

Entiti : Anggau ?

Sebelum ini kecoh tentang ketukan misteri dan berlari atas bumbung rumah di Pandamaran Jaya, Klang.

Kata Pengamal perubatan tradisional, Dr. Abdul Rahman Tan, gangguan misteri tersebut dibuat oleh makhluk dipanggil Anggau.

Entiti itu merupakan belaan seseorang yang telah mati dan merayau mencari tuan baharu. Anggau merupakan lembaga hitam dan mempunyai wajah se­iras tuan lamanya.

Beliau mendakwa entiti tersebut takkan berhenti selagi tak menjumpai tuan baru.

Mungkinkah gangguan dialami warga Flat Tasek 64 disebabkan oleh anggau ini juga? Wallahualam…

 

Baca : Belum Habis Misteri Ketukan Pintu, Penduduk Pandamaran Jaya Diganggu Makhluk Berlari Atas Bumbung Pula

Ft Rumah

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.