in

“Saya nak jadi macam ustaz” – 7 Sekeluarga Lafaz Syahadah, Selalu Tengok Video Ebit Lew Di FB

Ft Ebit Final 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebut je nama Ustaz Ebit Lew, siapa je antara korang yang tidak kenal bukan? Bukan setakat seorang penceramah bebas, malah Ebit Lew juga merupakan seorang usahawan dan dermawan yang ‘popular’ di seluruh Malaysia.

Pantang mendengar kesusahan dan masalah yang dihadapi oleh masyarakat tak kira bangsa atau agama, malah untuk haiwan sekalipun, sudah pasti Ebit Lew antara individu yang terawal sampai untuk menghulurkan sumbangan.


Jadi tidak hairanlah sekiranya ‘tokoh’ yang disanjung ramai ini menerima Anugerah Khas sempena Hari Belia Negara pada Ogos lalu dan juga Anugerah Wira AME2020 (Anugerah MeleTOP).

Baru-baru ini, Ebit Lew telah memuat naik satu posting di akaun Facebooknya berkaitan kisah tauladan yang berlaku sewaktu dia berkunjung ke sebuah gerai buah-buahan yang terletak di Medan Gopeng, Ipoh pada hari Selasa, 23 Disember 2020.

https://www.facebook.com/ebitlewofficialpage/photos/a.679992665364315/3829070467123170

 

7 sekeluarga lafaz kalimah syahadah, peluk agama Islam

Menerusi perkongsian tersebut, Ebit Lew mendedahkan bahawa dia berasa sebak dan sayu apabila peniaga gerai buah-buahan yang berbangsa cina itu berserta anak-beranaknya seramai 7 orang kesemuanya telah mengucapkan kalimah syahadah dan memeluk agama Islam.

Buah 1

Subahanallah, min pun sebak jugak. 

“Sebak sayu ziarah sekeluarga Chinese peniaga buah di Medan Gopeng memeluk Islam. Tujuh orang semuanya mengucap syahadah. Sampai je semua anaknya rakam video saya sepanjang di situ.”

Ebit 1

 

Setiap hari tengok video Ebit Lew di Facebook

Menurut Ebit Lew, mereka sekeluarga sering melihat video yang dimuat naik olehnya di laman Facebook sehingga menjadikan Ebit Lew sebagai idola disebabkan sikapnya yang tak lokek membantu golongan susah tanpa mengira siapa. Bukan itu sahaja, mereka juga mempunyai niat untuk memeluk agama Islam dan bercita-cita untuk menjadi seorang jutawan untuk membantu orang lain.

“Rupanya setiap hari mak dan anak ini melihat video saya di Facebook. Selalu menangis tengok orang susah.”

Hati mereka teringin sangat nak masuk Islam. Anaknya semua ingin jadi jutawan boleh bantu ramai orang. 

Niat dah baik, pasti Allah permudahkan. 

 

“Saya nak jadi macam ustaz” – Si anak

Ebit 2

Tambah Ebit Lew, dia turut meluahkan rasa kagum dengan anak-anak pasangan tersebut yang bukan sahaja rajin malah bijak. Mereka juga dari kecil telah menanam cita-cita untuk membantu golongan yang memerlukan dan menjadikannya sebagai ‘role model’.

“Ustaz beri saya nasihat saya nak jadi macam ustaz. Nak jadi hero. Doakan saya ye.”

Buah Anak

Kumpul duit nak beli basikal, Ebit Lew hadiahkan pula basikal

Gembira bertemu dengan keluarga itu, Ebit Lew turut menghadiahkan beberapa buah basikal untuk anak-anak pasangan berkenaan. Malah dia turut mengajak untuk kita sama-sama mendoakan semoga perniagaan buah-buahan yang dijalankan oleh keluarga itu semakin maju dan kaya raya di dunia mahupun di akhirat di samping sempat mempromosikan gerai buah-buahan itu kepada khalayak.

“Jemput siapa nak beli buah. Borong dekat abang dan kakak ni.”

Buah Basikal

Ebit 3

Setakat ini, posting yang dimuat naik oleh Ebit Lew itu tular dan meraih perhatian netizen sehingga berjaya meraih sebanyak lebih daripada 100,000 likes dan 6,000 shares.

Orang yang baik ramai je yang sayang dan jadikan idola. 

Baca: “Bawa teksi sebelah tangan” – Ustaz Ebit Bantu Pemandu Teksi OKU, Hanya Jana Pendapatan RM20 SAHAJA Sepanjang Tahun Ini Baca Ebit 1

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.