in

“Saya nak buat dia cacat je” – Lelaki 72 Tahun Ini Tetak Muka Isteri Sampai Mati Sebab Disangka Curang

Bacaokk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila dah masuk ke alam perkahwinan ni, sepatutnya kedua-dua pasangan perlu saling memahami antara satu sama lain dan kena berfikir panjang sebelum ambil apa-apa tindakan.


Baru-baru ni, seorang suami telah menetak isterinya yang sedang menonton tv bersama anak perempuan berusia tiga tahun hanya disebabkan menyangka isterinya itu curang.

86844885
Sumber: sosok

Menurut portal sosok, lelaki berusia 72 tahun dikenali sebagai Mbah dan isterinya berusia 34 tahun masing-masing merupakan duda dan janda telah berkahwin sejak tahun 2012 yang lalu.

Kejadian hitam ini bermula apabila Mbah, pulang daripada kerja dan meminta kepada isterinya itu untuk dibuatkan kopi.

Namun pada ketika itu, isteri Mbah sedang baring bersama anak mereka di hadapan tv dan lantas menjawab bahawa dia sudah buat dan ada dekat atas meja.

Tapi entah macam mana mana, Mbah yang secara tiba-tiba berasa naik angin dan terus mengambil parang pendek dekat atas almari sebelum menetak muka isterinya itu bertujuan ingin meninggalkan parut sahaja.

Malang tidak berbau, akibat perbuatannya itu, isteri Mbah mengalami pendarahan teruk dekat bahagian muka dan meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital.

Dah salah tau pula larikan diri

Mbah yang panik dengan kejadian yang berlaku, dia terus segera melarikan diri ke rumah anaknya yang berada di kawasan sekitar.

Namun, hasil tindakan pantas pihak polis, mereka segera pergi ke tempat persembunyian Mbah dan bila sampai sahaja di sana, lelaki itu mengacukan parang kepada polis amaran supaya tidak menangkapnya.

Tapi polis berjaya meredakan keadaan tanpa berlakunya sebarang pertumpahan darah.

He Alias Mbah 72 Pembacok Istrinya Sendiri Setelah Diamankan Di Mapolsek Pamulang
Sumber: tribun jakarta

Hasil siasatan, Mbah mengaku bahawa dia yang menetak muka isterinya tapi tidak mempunyai niat untuk membunuh.

Dia hanya ingin wajah isterinya itu mempunyai kesan parut dan tidak ada orang lain akan menyukainya lagi lepas ni.

Sebelum ini, Mbah sudah banyak kali mendengar gosip daripada masyarakat setempat bahawa isterinya itu berlaku curang, namun dia sendiri belum pernah lagi menangkap kelakuan isterinya itu.

Kini Mbah ditahan oleh polis bagi membantu siasatan.

Patutnya dia bincanglah elok-elok dengan isterinya tu. Bukannya tangkap muat dengar daripada gosip orang ramai. Tak memasal jadi duda balik and kesian dekat anaknya tu, nampak ibu meninggal kena bunuh depan mata dalam usia muda.

 

Baca: “Apa benda bising-bising tu?” – Remaja Lelaki Kena Tetak Lepas Bergelut Dengan Pencuri Yang masuk Dalam Biliknya

Ta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.