Sebelum ni dah banyak kes pecah rumah yang dilaporkan. Kejadian tu berlaku tak kira lah sama ada rumah itu sedang ada orang ataupun tengah kosong.
Terbaru, seorang remaja lelaki berusia 18 tahun telah cedera di tapak tangan setelah ditetak oleh pencuri yang memecah masuk rumahnya.
Menurut World Of Buzz, dua orang pencuri itu memacah masuk ke dalam rumah tersebut dan bermula dengan memasuki bilik remaja lelaki itu.
Semasa kejadian, remaja lelaki itu sedang tidur dan dia dikejutkan apabila pencuri tersebut membuka lampu bilik dan dia terggangu dengan bunyi biliknya sedang digeledah.
Apabila dia tersedar bahawa biliknya sedang dimasuki oleh pencuri, dia terus menjerit dan dengan lantas salah seorang pencuri yang pada ketika itu membawa parang menghayun senjata tersebut menghala ke arah kepala kepala remaja tersebut.
Namun, dia segera mempertahankan diri dengan menggunakan tangannya dan secara tidak langsung parang tersebut mengenai tangan.
Tolong.. tolong… pencuri masuk rumah.. tolong
Dengan dirinya yang cedera, remaja lelaki itu terus melawan pencuri tersebut dengan menggunakan kipas angin yang berada berdekatan dengannya. Dia menghentam pencuri tersebut dengan kipas angin tersebut sambil menjerit meminta tolong berharap ahli keluarganya yang lain tersedar dan membantunya.
Disebabkan kekecohan yang berlaku, bapa mangsa terjaga dan segera melihat apa yang berlaku dan dia terkejut apabila melihat dua orang lelaki yang tidak dikenali sedang bergegas keluar dari dalam rumahnya dan menuju ke kereta Myvi yang sedang menunggu mereka di luar rumah.
Selepas kejadian itu, remaja lelaki tersebut segera di bawa ke hospital dan doktor mengesahkan bahawa dia terpaksa menjalani pembedahan kerana luka di tangannya boleh dikatakan serius. Namun begitu, keadaan dia kini stabil setelah pembedahan tersebut berjalan dengan lancar.
Pencuri tersebut berjaya membawa lari sebuah laptop dan telefon bimbit semasa kejadian tersebut.
Nasib baik lah budak lelaki tu selamat. Nasib baik juga dia berani nak lawan pencuri tu semula. Kalau tak mesti lagi banyak barang kena curi!