in

“Saya minta maaf, semua dah tiada” – 3 Anak ‘Pergi’ Dalam Kemalangan, Bapa Minta Maaf Pada Semua Ahli Keluarga

Ft Accident 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemalangan yang berlaku selepas sebuah kereta Perodua Axia terbabas di Kilometer 272.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Taman Rekreasi Gunung Lang kelmarin telah meragut nyawa 3 orang anaknya sekelip mata.


Accident1

Accident7

Sementara itu, isterinya  Nur Aimi Nadiah Abdul Rahim, 27, yang memandu kereta tersebut dilaporkan terselamat dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

Saya minta maaf, semua sudah tiada.”

Itulah kata-kata Muhammad Alhafiz Mohamad, 29, yang menitipkan permohonan maaf kepada semua ahli keluarga ketika memberitahu tiga anaknya sudah meninggal dunia.

Accident5

Menurut Kosmo, Muhammad Alhafiz yang tidak bersama keluarganya ketika kemalangan itu hanya mampu menangis sehingga terpaksa ditenangkan oleh ahli keluarga sebaik saja jenazah tiga anak lelakinya itu dibawa keluar dari perkarangan Jabatan Forensik HRPB semalam.

 

Isteri belum tahu anak sudah tiada

Jenazah ketiga-tiga anaknya, Muhammad Adam Hakimi, 7; Muhammad Lutfi Hakim, 3, dan Muhammad Affan Hafiy, 1, kemudian dibawa pulang ke Melaka dan telah dikebumikan dalam satu liang lahad di Kampung Sungai Putat, Batu Berendam.

“Kali terakhir saya jumpa tiga anak dan isteri ialah ketika mereka pulang bercuti di Melaka. Nur Aimi serta tiga anak lelaki saya tinggal di Pulau Pinang atas faktor kerja dan mereka telah mengambil cuti untuk berjumpa dengan saya baru-baru ini.”

Accident3

Accident4

Sehingga kini, Nur Aimi masih belum dimaklumkan lagi mengenai kematian tiga anak lelakinya itu. Katanya, keluarga tiada niat mahu merahsiakan namun menunggu masa yang lebih sesuai.

Bukan mahu merahsiakan keadaan anak kami tapi ia bukan masa yang sesuai lagi buat masa sekarang.”

Accident2

Accident8

Sementara itu, netizen tidak dapat menahan sebak melihat gambar-gambar Muhammad Alhafiz ketika menangis melihat jenazah anaknya itu, yang tular di media sosial ketika ini.

Menurut keluarga, ketika kejadian kemalangan itu berlaku Nur Aimi dan tiga anak lelakinya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Pulau Pinang selepas habis bercuti di kampung halaman di Melaka.

Baca: “Mana Aisy.. Aisy dah takde” – [VIDEO] Netizen Sebak Tengok Keadaan Syafiq Saat Pegang Jenazah Anak di Hospital

Ft Syafiq

Sumber: Kosmo
Sumber: Utusan
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.