in

“Saya masih muda ketika itu, harapan suami akan berubah” – Zahnita Dedah 20 Tahun Hidup Seperti ‘Hamba’

ft zahnita wilson dedah 20 tahun merana

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas model dan pelakon, Zahnita Wilson, 39 mendedahkan sisi gelap yang dia hadapi selama 20 tahun dengan suaminya, Abd Zackery Ghouse Abd. Ghani.

Dalam satu temu bual Zahnita menangis sambil menceritakan kesengsaraan yang dihadapinya sampaikan dia bertindak meninggalkan kerjayanya.


Artikel berkaitan : Suami Zahnita Wilson Mengaku Tidak Bersalah Cederakan Isteri

Artikel berkaitan : Zahnita Sebak Dengan Kata-kata Semangat Orang Ramai, Netizen Nak ‘Support’  Bisnesnya

“Saya seperti hamba, sudah lama saya sembunyikan perkara ini. Tetapi saya perlu lakukan ini demi anak-anak. Saya tak mahu mereka lalui perkara yang saya lalui.”

Dedah Zahnita lagi, dia sudah alami detik hitam dalam hidupnya sejak awal perkahwinan lagi. Namun begitu, pada awalnya dia berharap agar suaminya berubah.

images

“Saya masih muda ketika itu. Jadi saya teruskan perkahwinan dengan harapan suami akan berubah. Selepas 13 tahun hidup bersama, baru saya sedar dengan lelaki jenis apa yang sedang saya lalui kehidupan bersama. Saya tahu ia akan jadi semakin sukar untuk saya bebaskan diri daripadanya.

“Selama hidup dengannya saya didera secara fizikal dan mental. Saya sering dikatakan ibu yang tidak baik. Disebabkan itu juga saya tinggalkan karier saya.”

Bahkan, Zahnita juga turut mendedahkan yang dia mengalami sakit ‘slipped disc’ kerana sering buat kerja berat.

“Saya pernah beritahu dia (suami) izinkan saya keluar dari rumah, saya janji tak akan laporkan kepada polis apa yang berlaku.

“Dia pernah minta maaf, tetapi keesokan harinya dia tetap lakukan perkara yang sama. Saya rasa seperti hamba. Kenapa dia buat macam ni kepada saya?”

“Saya macam tak percaya ini adalah kehidupan saya. Tetapi saya perlu hadap kerana ini adalah takdir saya. Saya buat keputusan yang salah dalam hidup saya dan perlu laluinya.”

Screenshot 2024 12 06 134720

Dengan apa yang terjadi kepadanya, Zahnita enggan melihat wanita di luar sana mengalami sama nasib yang dengannya. Oleh itu, dia berpesan agar mereka yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga untuk terus keluar dan tidak berputus asa untuk mencari jalan keluar.

Malah, Zahnita juga beranji untuk buat ‘comeback’ dan menjadi 10 kali lebih kuat daripada sekarang.

Sumber : Hib Glam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.