in

“Saya lakukan secara pro bono” – Peguam Datuk Ram Singh Nafi Tertuduh Anak VVIP

peguam datuk ram singh zara qairina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peguam mewakili salah seorang daripada lima remaja tertuduh berkaitan kes buli Zara Qairina Mahathir, Datuk Ram Singh menjelaskan bahawa pembelaan yang dilakukan adalah secara pro bono.

Sehubungan itu, beliau menafikan tuduhan orang ramai bahawa salah seorang suspek yang dituduh merupakan anak daripada kalangan orang kenamaan (VVIP) kerana pembelaan dibuat tanpa sebarang bayaran oleh ahli keluarga remaja terbabit.


Beliau yang mengetuai pasukan guaman mengakui sedih dengan apa yang menimpa tertuduh dalam kes tersebut.

Artikel berkaitan: “Ia bukan sebab VIP…” – Mahkamah Perintah ‘Gag Order’, Peguam Zara Qairina Minta AGC Keluarkan Kenyataan

Artikel berkaitan: “Saksi yang masih ada tolong keluar” – Peguam Keluarga Zara Qairina Mohon Lebih Ramai Saksi

“Saya sedih dan sebagai bapa, memandangkan mereka masih kanak-kanak. Sebab itu saya lakukan secara pro bono bersama peguam lain.

“Saya bersama peguam lain wakili mereka dan mereka bukan terdiri daripada anak VVIP,” katanya.

3244240

Menurut Sinar Harian, pasukan Ram turut disertai dua lagi peguam iaitu Joan Goh dan Prem Elmer Ganasan.

Dalam prosiding tersebut, Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu memerintahkan larangan (gag order) melibatkan identiti lima remaja yang dituduh, yang dimohon oleh Datuk Ram.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad yang juga mengingatkan bahawa umur kelima-lima remaja itu tidak boleh didedahkan.

Terdahulu, kehadiran Datuk Ram di mahkamah berkenaan menjadi bualan ramai di media sosial susulan beliau dikenali sebagai peguam yang sering mengendalikan kes berprofil tinggi di Sabah.

Sumber: Sinar HarianBerita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.