Penduduk di Desa Pante Lhong, Aceh, Indonesia merakamkan ucapan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta rakyat Malaysia atas keprihatinan dan bantuan kemanusiaan yang disalurkan susulan bencana banjir besar melanda kawasan tersebut.
Ketua desanya, Murizal K, berkata bantuan yang diterima memberi kekuatan moral kepada penduduk untuk bangkit semula selepas kampung mereka mengalami kerosakan teruk akibat banjir.
Menurutnya, sokongan dari Malaysia membuatkan penduduk kembali bersemangat untuk meneruskan kehidupan seharian.
Menurut laporan Harian Metro, beliau turut menzahirkan rasa terima kasih atas sumbangan berbentuk makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas yang sangat diperlukan ketika ini.

Artikel berkaitan: “Kebalnya pendatang haram” – Rakyat Persoal Warga Asing ‘Dibiar’ Buka Kedai Tanpa Gangguan Pihak Berkuasa
Artikel berkaitan: Netizen M’sia Kongsi Detik Cemas Terkandas di Hatyai, Berjaya Keluar Dari Banjir Selepas Dua Hari Terputus Hubungan
Murizal juga merayu agar bantuan dapat diteruskan memandangkan proses pemulihan dijangka mengambil masa yang panjang.
Terdahulu, beberapa wilayah di Sumatera termasuk Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat dilanda banjir serta tanah runtuh akibat hujan lebat berpanjangan dan Ribut Tropika Senyar sejak akhir November lalu.
Bencana tersebut mengakibatkan ratusan korban, ribuan penduduk hilang tempat tinggal serta kemusnahan besar terhadap kediaman dan infrastruktur.
Susulan itu, Konsulat Jeneral Malaysia di Medan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sektor swasta tampil menghulurkan bantuan kemanusiaan, termasuk bekalan makanan, barangan asas serta sokongan perubatan kepada mangsa terjejas.
Dalam pada itu, kerajaan Malaysia turut mengumumkan bantuan kewangan kepada pelajar Indonesia di negara ini yang terkesan akibat bencana berkenaan.
