in

“Saya ingat orang tu nak tolong dia” – Wanita Skizofrenia Tiba-tiba Kelar Leher Budak 7 Tahun Tengah Main Scooter Depan Ibu Bapa!

Collage 12

Tak boleh nak bayangkan apa perasaan ibu bapa ni bila anak dorang mati dibunuh. Tambah mengerikan, pembunuhan ni berlaku depan mata dorang sendiri!

“Mangsa ‘rambang’ si pembunuh”

115798543 Emilyjones

22 Mac 2020 yang lepas merupakan hari ibu untuk penduduk di United Kingdom. Mark dan Sarah yang berpisah ketika anak perempuan mereka Emily Jones berusia tiga tahun membuat rancangan untuk berjumpa di taman Queen’s Park di Bolton, lapor Daily Mail.

Mark menyuruh anaknya untuk main skuter dengan laju sambil mencari kelibat Sarah yang sedang jogging di taman yang sama. Emily ternampak ibunya sedang lari dan berkata kepada ayahnya yang dia ingin pergi ke arah ibunya.

Bila Mark izinkan anaknya ini untuk pergi ke arah ibunya, Emily tanpa lengahkan masa terus meluncur laju ke arah ibunya sambil menjerit “Mummy, mummy, mummy” untuk dapatkan perhatian.

Malangnya, ketika Emily lalu di hadapan seorang wanita yang sedang duduk berseorangan di bangku, wanita itu tiba-tiba telah mengambil Emily sebelum kelar leher kanak-kanak ini dengan pisau tolak.

36487950 9021899 Image A 118 1607202723834

Sarah yang memakai headphones tak sedar atau dengar apa yang berlaku terhadap anaknya dan terus berlari, Mark pula yang berada kurang dari 200 meter ingat wanita yang memegang anaknya itu mungkin sedang membantu anaknya yang dia sangka terjatuh sebelum seorang wanita berdekatan menjerit mengatakan Emily telah ditikam.

Mark berlari ke arah anaknya yang cedera parah dan penyerang itu telah lepaskan Emily ke lantai dan larikan diri. Mark kemudiannya memegang anaknya dari belakang dan meminta bantuan.

Saya benar-benar takut. Saya tahu orang tak akan selamat dari perkara ini.”

Mark kemudiannya menelefon Sarah yang masih jogging dan meminta dia untuk patah balik sebelum salah seorang orang di sana berikan lelaki ini baju untuk hentikan pendarahan dan seorang jururawat yang kebetulan berada di sana cuba untuk selamatkan kanak-kanak malang itu.

Emily kemudiannya diterbangkan dengan helikopter dan di bawa ke hospital namun dia disahkan mati setengah jam kemudian.

Pembunuh merupakan pelarian yang mempunyai masalah mental kronik

Nintchdbpict000624156826

Hari ini, gambar wanita penghidap skizofrenia dari Albania yang merupakan pembunuh Emily Jones ini telah didedahkan kepada orang ramai.

Eltiona Skana yang telah mengelar leher Emily yang baru berusia 7 tahun ini di hadapan ibu bapanya telah dikenalipasti sebagai orang yang merbahaya terhadap kanak-kanak oleh pasukan perubatan. Namun, pekerja yang mengendali komuniti Albania tak tahu mengenai perkara ini.

Tuduhan membunuh ke atas Eltiona telah dibatalkan Jumaat lalu selepas pendakwa raya menerima yang wanita ini tak boleh didakwa atas kesalahan mentalnya.

Eltiona telah pun mengaku bersalah kerana membunuh tanpa sedar dan akan dijatuhkan hukuman esok.

Eltiona telah masuk ke UK secara haram pada tahun 2014 dan meminta perlindungan atas alasan dia merupakan mangsa perdagangan. Permintaannya telah ditolak sebelum diterima untuk tinggal di UK hingga Disember 2024 selepas membuat rayuan.

Namun ketika perbicaraan kes Emily Jones, mahkamah mendapati dakwaan mengatakan dirinya merupakan mangsa perdagangan manusia adalah palsu.

Apa yang mengejutkan, walaupun Eltiona mempunyai sejarah pernah mencederakan orang dan enggan mengambil ubat untuk masalah mentalnya, dia tetap dibenarkan bebas untuk berjalan seorang diri di luar.

“Si pengecut tu bunuh anak saya”

36487954 9021897 Seven Year Old Emily Jones S Father Mark Pictured Together Blame A 50 1607206830870

Mark mengatakan yang pembunuh anaknya itu seperti bom yang sedang berdetik dan patut dipenjarakan seumur hidup.

Si pengecut tu bunuh anak saya dan saya rasa dia merupakan ancaman untuk orang awam dan saya nak dia habiskan hidupnya dalam penjara.

Mark juga turut menyalahkan pasukan perubatan kerana membiarkan wanita sakit mental merbahaya seperti Eltiona bebas dan membunuh anaknya.

Tak cukup dengan itu, Mark merasakan keputusan pusat kesihatan mental tentang kematian Emily yang dikatakan tak boleh nak ramalkan atau dicegah adalah mengarut dan tak adil.

Saya mahukan kisah yang berlaku terhadap anak saya ini diceritakan. Ia berlaku ketika Hari Ibu. Ketika ibu bapanya berada di taman dengannya. Saya tak nak simpati orang tapi ia perlu diceritakan kerana ia menimbulkan kemarahan orang ramai.”

 

Baca: Gara-gara Terpengaruh Dengan Tiktok Suicide Challenge, Budak 12 Tahun Ditemui Mati Bunuh Diri

Screenshot 2020 12 07 At 6.06.05 Pm

Sumber: BBC
Sumber: Daily Mail
Sumber: The Sun
Sumber: Daily Mail