Melalui Instagram, Nooryana Najwa Najib memberikan kata-kata dorongan terhadap bapanya yang telah dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun, semalam.
Kami tak akan mengalah.”
Menurut Malaysiakini, anak bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu juga sempat mengucapkan terima kasih kepada para penyokong yang tetap memberi sokongan dan telah bersama melalui apa yang dianggapnya sebagai ’48 jam paling lama dan penuh emosi’.
Meskipun berasa ‘kecewa’, semangat mereka sekeluarga tidak akan luntur selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman tersebut selepas mendapati Najib Razak bersalah atas pertuduhan berkaitan penyelewengan dana RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd yang berkaitan dengan 1MDB. Yana juga memaklumkan dia dan adiknya adalah penjamin untuk kes ini.
“48 jam yang paling panjang dan emosi tapi semua doa, harapan dan sokongan membuat kami terus bertahan. Yana sekeluarga baca semua komen-komen dan DM. Nanti, inshaAllah saya akan reply satu per satu selepas dah settle urusan mahkamah untuk pagi ini. (Saya dan adik saya adalah penjamin untuk kes SRC).”
Ini bukan penghujungnya. Kami kecewa tapi tidak akan mengalah. Hari ini adalah hari yang lain dan hari lain membawa kemungkinan yang tidak berkesudahan. Jika semangat kami tidak luntur, Insya-Allah.”
Najib didapati bersalah atas semua tujuh pertuduhan iaitu:
- Satu pertuduhan salah guna kuasa
- Tiga pertuduhan pecah amanah
- Tiga pertuduhan penggubahan wang haram
Baca: Hakim Jatuhkan Hukuman Penjara 12 Tahun & Denda RM210 Juta Ke Atas Najib Razak