in

“Saya dah letak jawatan” – Pengerusi PTPTN

Page Ptptn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam PRU14, nampaknya satu persatu jawatan pegawai tinggi dilepaskan.


Salah seorang yang meletakkan jawatan ialah Datuk Shamsul Anuar Nasarah yang melepaskan jawatan beliau selaku pengerusi Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), lapor Free Malaysia Today.

Hu
sumber: sinar harian

Walau bagaimanapun, Datuk Shamsul berkata beliau bukannya baru sahaja meletakkan jawatan tetapi sudah menghantar surat perletakan jawatan pada minggu lepas lagi selepas kekalahan kerajaan sebelum ini pada PRU14.

Saya sudah letak jawatan 15 Mei lalu.”

Beliau berkata tujuan meletakkan jawatan adalah kerana ingin fokus hanya kepada jawatan beliau selaku ahli Parlimen Lenggong dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Datuk Shamsul yang dah memegang jawatan selaku Pengerusi PTPTN sejak 2013 berjaya mempertahankan kerusi Parlimen yang disandangnya sejak 2008, menewaskan calon PAS dan PKR.

Hu2
sumber: blog

Sementara itu, semalam, Menteri Pendidikan yang baru Maszlee Malik berkata Kementerian pendidikan akan memberikan tumpuan bagi merealisasikan janji dalam penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN bagi mereka yang berpendapatan di bawah RM4,000.

Katanya, ia merupakan antara 10 janji dalam 100 hari pentadbiran Pakatan Harapan yang menjadi fokus utama jawatankuasa khas, diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi, Wan Saiful Wan Jan yang akan dibentuk dalam masa terdekat.

Dah serah surat perletakan jawatan minggu lepas rupanya…

Baca: “Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM pembelot, pengkhianat

Page Sprm 1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.