Hari perkahwinan semestinya akan menjadi detik paling dinanti-nanti oleh pasangan bakal pengantin. Semestinya persiapan akan dibuat dengan cukup teliti untuk menyambut hari yang bersejarah ini.
Namun ada juga sesetengah kes itu, yang putus di tengah jalan walaupun segala persiapa dah dibuat seperti kisah ini.
Kenal dari 2019
Siapa sangka keterujaan seorang wanita ini untuk mendirikan rumah tangga tepaksa berdepan kisah sedih dalam hidupnya, apabila bakal suaminya ‘hilang’ tak dapat dikesan.
Menerusi beberapa video yang tular di TikTok, terlihat barangan hantaran dan pakaian untuk hari pernikahan mereka dah disediakan. Tapi apakan daya, pernikahan bersama lelaki yang dikenali sejak tahun 2019 itu punah begitu saja.
https://www.tiktok.com/@sulongnakal09_/video/6984967375997177114?referer_url=https%3A%2F%2Fkisahdunia.com%2F&referer_video_id=6984967375997177114&refer=embed&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
https://www.tiktok.com/@akakcantikkk/video/6985048298797255963?referer_url=https%3A%2F%2Fkisahdunia.com%2F&referer_video_id=6985048298797255963&refer=embed&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
“Ada dekat 300 kali saya call”
Menerusi satu rakaman ketika live, gadis yang dikenali sebagai Along itu beritahu yang dia dah call lelaki berkenaan nak dekat 300 kali tapi masih tak dijawab. Oleh sebab berasa sayang dengan segala persiapan yang dah dibuat, Along tetap mengenakan busana pengantin tersebut.
@ayangnyakamu_9 dia yg tk jadi kwin tpi sy yg rsa sedih nitik air mata tgok live dia td? allah bert btul ujian akk ? tag akk@sulongnakal09_ ramai ii? strong girl?
Selain itu, dia beritahu yang masih berharap untuk bersama dengan lelaki tersebut sekiranya ada jodoh. Gadis berkenaan turut menzahirkan rasa sayangnya dan sentiasa mengambil berat dengan keadaan bakal suaminya tu selama ini. Di samping gadis tersebut menyatakan dia masih buntu, kenapa semua ni jadi sedangkan dia tak pernah membuat masalah.
https://www.tiktok.com/@th4y4n444.co/video/6985101874072423707?referer_url=https%3A%2F%2Fkisahdunia.com%2F&referer_video_id=6985170447205813531&refer=embed&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Kesian, semoga semua masalah dapat diselesaikan dengan elok.
Baca : “Sebab majlis tak ramai orang datang” – MUA ‘Basuh’ Bakal Pengantin Yang Minta Makeup Harga RM100