in

“Saya artis yang agak sendu tapi tak minta bantuan gomen” – Jimmy Shanley Sedia Hulurkan Bantuan

Jimmy5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya kontroversi antara golongan artis ini telah menjadi topik utama netizen yang pertikai kelayakan mereka untuk menerima bantuan oleh kerajaan sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Covid-19 ini.


Ramai golongan selebriti tampil menjelaskan perihal sebenar, namun lain pula dengan Jimmy Shanley ni.

 

“Saya artis agak sendu tapi tak minta bantuan gomen”

Dengan rendah diri akui dirinya ‘agak sendu’, dia bukanlah tergolong dalam kalangan artis-artis lain yang ingin meminta bantuan.

Malah dia siap berbesar hati untuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan dan secara terbuka meminta golongan tersebut terutamanya dalam kalangan ibu tunggal untuk hantar mesej kepadanya jika mahu pertolongan itu.

View this post on Instagram

Rezeki dari Allah Nabi Sulaiman pernah bertanya seekor semut. "Wahai semut, berapa banyakkah makanan yang kamu perlukan untuk hidup selama setahun?? Maka semut itu menjawab "wahai Nabi Allah Sulaiman, aku hanya perlukan makanan sebesar sebutir gula untuk hidup selama setahun. Maka Nabi Sulaiman mengurung semut tersebut di dalam sebuah botol dan diletakkan sebutir gula untuk makanan semut itu. Selepas setahun Nabi Sulaiman membuka tudung botol itu dan mendapati hanya separuh sahaja gula yang dimakan oleh semut itu. Lalu Nabi Sulaiman bertanya kepada semut tadi, "Wahai semut, mengapa hanya separuh sahaja gula yang kamu makan dalam setahun?? Maka semut itu menjawab, " Jika diluar botol ini aku yakin Allah akan bagi rezeki yg cukup kepada aku untuk hidup, namun setelah kamu mengurung aku di dalam botol ini, aku tidak yakin manusia akan berikan aku rezeki yg cukup..Aku takut kamu terlupa untuk membuka tudung botol ini setelah setahun..Oleh itu aku terpaksa berjimat cermat.. Begitulah kisah seekor semut yang cukup yakin dengan Rezeki Allah kepadanya..Manusia macam kita kalau tidak yakin dengan Rezeki Allah maka lebih teruk daripada semut.. Yakinlah rezeki milik Allah, ianya milik Allah secara mutlak.. #Zakat #PPZ @pusatpungutanzakat

A post shared by ?#AdidasSpezial ?@curidose (@jimmyshanley) on

Sikap mulia Jimmy Shanley ini telah menerima banyak pujian netizen. Kalau yang jenis menyindir artis yang lain tu tak perlu nak cakaplah memang banyak, tapi dalam banyak-banyak komen itu min memang setuju dengan komen yang macam ni.

 

Mungkin ada artis veteran yang kesusahan. Ini boleh di bantu – Netizen

Jimmy Jimmy2

Dalam pada itu, rasanya ramai yang alert dengan kenyataan artis yang mengatakan ‘hiburkan’ orang ramai adalah sejenis ‘sumbangan’ kepada rakyat.

Namun, dekat Twitter ada netizen jelaskan isu ini sebenarnya tak perlu diperbesarkan pun sebab dikhabarkan artis memang tergolong dalam golongan B40.

Andaikata benar, jadi tak perlu lah nak jadi isu. Tapi isu jadi bertambah apabila jenis bantuan yang diminta oleh Persatuan Se niman itu agak melampau.

 

Baca : “Apa sumbangan kau kat negara ni?” – Melampau! Persatuan Seniman Cadang Nak Minta Kerajaan Bagi 1k Setiap Bulan?

Collage 72

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.