in

“Saya akui agak kasar tapi soalan itu logik” – Norish Karman Akui DM Adik Benjy, Persoal Kebajikan Arwah Tak Terjaga

Ft Norish

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hangat diperkatakan di media sosial sejak semalam tentang perkongsian adik bongsu Allahyarham Benjy tentang mesej yang diterimanya di Instagram daripada individu dipercayai pelakon, Norish Karman.


Menurut Inessa Irdayanty, ketika keluarga masih meratapi kesedihan, dia terkejut apabila mendapat mesej sedemikian rupa yang dilihat seolah-olah menuduh kebajikan arwah sepanjang di penjara tidak terjaga.

Benjy 2

 

“Saya akui ayat agak kasar tapi percaya soalan itu logik.” – Norish Karman

Tanpa berdolak-dalih, Norish Karman telah menjawab desas desus dan persoalan netizen sama ada individu yang menghantar mesej tersebut adalah dirinya. Menurut mStar, pelakon itu mengakui dia sendiri telah menghubungi adik arwah kerana mahu mendapatkan kepastian berkenaan kebajikan arwah ketika masih hidup.

Kata Norish, meskipun ayatnya nampak kasar dan tidak sensitif, dia bagaimanapun berasa berhak untuk bertanya bagi mendapat jawapan daripada mulut keluarga arwah sendiri.

Saya akui beremosi dan ayat-ayat dalam mesej itu agak kasar tetapi saya percaya soalan itu logik dan bukan soalan yang tidak masuk akal….mesej itu melalui DM bukan secara umum.”

Bukan untuk diviralkan…hanya bertanya saja. Paling penting untuk saya tekankan…soalan saya kepada adik arwah Benjy tersebut adalah secara peribadi. Saya tak tanya dia depan orang satu dunia.”

Kalau dia rasa soalan saya itu mengarut dan tidak masuk akal, dia boleh abaikan saja. Tak ada siapa perlu tahu tentang soalan tersebut.”

 

Pernah baca laporan arwah terpaksa pinjam duit banduan lain

Kata pelakon Spa Q itu, dia pernah terbaca laporan akhbar tentang kesusahan yang dilalui oleh arwah ketika berada di penjara. Disebabkan itulah dia tertanya-tanya adakah kebajikan arwah tidak dijaga oleh keluarganya sehingga terpaksa meminjam wang daripada orang lain.

Saya ada baca kesusahan arwah Benjy semasa di penjara menerusi sebuah akhbar tempatan yang melaporkan pakaian arwah sudah dua tahun tidak berganti.”

Menurut laporan akhbar itu juga, arwah terpaksa meminjam wang daripada banduan lain dan rakan artis yang memberitahu pernah meminjamkan wang kepada arwah.”

Jadi apa yang terlintas di fikiran saya, adakah arwah Benjy tidak mempunyai ahli keluarga untuk memastikan kebajikan arwah terjaga?”

Norish

 

Terima banyak kecaman netizen

Dek kerana soalannya itu dan perkongsian adik arwah di media sosial, kata Norish dia telah mendapat banyak kecaman daripada netizen. Namun, dia berkata tidak tahu apa tujuan soalannya itu disebarkan di media sosial.

Sekalipun soalan yang ditanya benar atau tidak dia bantu darah dagingnya, beranikan diri untuk menjawab secara DM, bukan kongsi secara umum di dalam Instagram menagih simpati followers sendiri.”

Sebaliknya jika tidak benar, mengapa takut untuk membalas? Berani kerana benar takut kerana salah. Saya tak pasti tujuan dia menyebarkan soalan saya.”

Penyebaran tersebut telah mengumpul ramai netizen yang hentam saya kiri, kanan, atas, bawah dan tengah. Daripada orang tak tahu, kini beratus ribu dah tahu.”

Saya akui mungkin ada kekhilafan daripada pihak saya sendiri. Mungkin tonasi ayat saya dalam soalan tersebut agak kasar. Mungkin soalan yang saya ajukan tidak kena pada masanya, di saat mereka masih merapati pemergian ahli keluarga.”

Diharapkan isu ini diselesaikan dengan cara baik oleh kedua-dua pihak. Arwah pun baru je pergi kan, tak elok nak bergaduh-gaduh…

Baca: “Kalau mak aku baca, dua belah pipi kena tampar” – Adik Benjy Terima DM Dari ‘Norish Karman’ Tuduh Keluarga Tak Tolong Arwah?

Collage 34

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.