in

“Saya akan contact Caprice” – Pelik Nama Kena ‘Petik’, Neelofa Nafi Tuduhan Dalam Live IG Ustaz Ebit Lew

Fi Uell

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada tengahari tadi, Ustaz Ebit Lew telah membuat sesi live di Instagramnya untuk menjawab segala kontroversi berlaku berkenaan misi bantuannya di Gaza yang menjadi bualan ramai sejak akhir-akhir ini.


Selain itu juga, sesi ini diadakan untuk menjawab segala kata-kata telah dikeluarkan oleh selebriti Caprice, Presiden Cinta Gaza Malaysia (CGM) Nadir Al Nuri Kamarulzaman, serta beberapa pihak yang seakan membuat tuduhan kepadanya dan sedikit sebanyak telah mengguris hati pendakwah berkenaan.

 

Caprice kaitkan nama lain

Selain daripada menjawab beberapa isu yang sering menjadi tanda tanya ramai pihak, UEL turut membidas berkenaan tuduhan yang dilontarkan oleh Caprice padanya.

Selebriti berkenaan mendakwa terdapat beberapa selebriti lain yang sepatutnya mengikuti misi bantuan tersebut, tapi mengatakan bahawa sebenarnya Ustaz Ebit sengaja ‘bawa lari’ segala dokumen berkenaan dan bertindak nak bergerak seorang diri.

Uel 1

Hasilnya, UEL memaklumkan yang perkara itu tak betul sama sekali dan beliau tak pernah pun berjumpa dengan selebriti yang disebut berkenaan.

 

Neelofa nak contact Caprice

Selepas turut sama masuk ke sesi live di Instagram Ustaz Ebit, pengacara terkenal Neelofa bagaikan terkejut selepas dia ada menulis di ruangan komen.

Dia turut mengesahkan, bahawa dakwaan yang dinyatakan oleh Caprice tu adalah tak benar sama sekali. Neelofa juga meminta untuk tidak sama sekali, mengaitkan ahli keluarganya dengan isu begini.

1 1 1

Pelakon itu juga menyatakan dengan tegas bahawa jangan dikaitkan dirinya dan selebriti lain dengan perkara yang tidak berasas seperti dilakukan Caprice.

Oleh kerana merasakan benda ini dah terlampau diluar kawalan, Neelofa ada menyatakan hasratnya untuk menghubungi Caprice sendiri sebab tindakannya dah mengaitkan individu lain dalam isu berkenaan.

3 3 2 1 3

Hara perkara ini dapat diselesaikan semua pihak dengan cara yang baik

 

Baca : Ustaz Ebit Lew Tenang Jawab Soalan Isu ‘Misi Gaza’, Minta Nadir Perjelas Dimana ‘Hasil’ Dana RM20 Juta

Ust Ebit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.