in

“Saya akan biar kamu semua tengok saya mati” – Lelaki Minum Racun Perosak Live Di Facebook

Thicker

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tekanan emosi, kurang didikan agama ataupun berada di bawah pengaruh dadah menjadi antara punca seseorang individu cuba untuk membunuh diri. Individu yang mahu meragut nyawa sendiri juga selalunya melakukan perkara itu di luar pengetahuan orang ramai dan secara tersembunyi.

Lain pula ceritanya dengan lelaki dari Thailand ini yang cuba membunuh diri secara live di laman Facebook. Menurut Coconuts, seorang lelaki berusia 28 tahun dikenali sebagai Kang Krasang itu memaparkan percubaan bunuh diri dengan meneguk racun perosak beberapa kali ketika siaran langsung video di laman sosialnya. 


Racun3
sumber: line today

“Saya takkan kembali. Saya dah fikir masak-masak. Saya dah tiada keinginan nak hidup. Saya sayang kawan-kawan. Saya sayang kekasih saya. Tapi saya minta maaf kerana terpaksa lakukan ini (bunuh diri).”

Sebelum membuat siaran live, Kang memuat naik gambar sebotol racun perosak dan status mohon maaf ‘terpaksa’ membunuh diri kerana dia sudah tidak mahu hidup walaupun dia menyayangi orang-orang di sekelilingnya.

Racun1
sumber: coconuts

Sejurus selepas itu, Kang memulakan siaran langsung cara dia membunuh diri di laman sosialnya berserta kapsyen berbunyi,

Saya akan biar kamu semua tengok saya mati.”

Rakan-rakan yang menonton siaran langsung itu segera melaporkan cubaan membunuh diri tersebut kepada polis setelah Kang pengsan di depan kamera, lapor Bangkok Post. Kang kemudiannya dijumpai di sebuah resort di daerah Muang dan segera dikejarkan ke hospital oleh pihak polis.

Racun2
sumber: line today

Terima kasih atas sokongan semua. Mulai sekarang, saya nak mulakan hidup baru. Doktor suruh saya berehat.”

Setelah ceritanya heboh di media, lelaki tersebut memuat naik status yang mengatakan bahawa dia mahu memulakan hidup baru. Baguslah kalau macam tu.

Jika ada masalah atau menghadapi tekanan, cubalah kongsi dengan rakan-rakan atau berjumpa dengan pakar untuk menyelesaikan masalah. 

Baca: Lelaki Muat Naik Beberapa Status di Facebook Sebelum Menggantung Diri!

Guana

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.