in

“Saya akan beri perhatian serius tentang perkara ini” – KPN Beri Amaran Pada Anggota Yang Main TikTok Pakai Uniform PDRM

Polis3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketua Polis Negara Dato’ Seri Abdul Hamid Bador memberi amaran keras kepada anggora PDRM untuk tidak bermain TikTok dan platform media sosial lain jika sedang memakai uniform lengkap kerana ia dianggap kerana mengaibkan imej pasukan polis.


Menerusi kenyataannya di laman rasmi Facebook, beliau mengatakan bahawa…

 

Tidak sopan untuk mana-mana pegawai atau anggota beruniform Polis melakukan aksi-aksi tarian atau lain-lain dalam aplikasi TikTok dan mana-mana aplikasi media sosial terkini kerana ia boleh memburukkan imej Pasukan.”

Polis2

Tambahnya lagi, persembahan menggunakan uniform Polis bagi tujuan persembahan pentas atau tontotan umum mestilah mendapat kelulusan pihak pengurusan PDRM terlebih dahulu dan bukan dengan tujuan peribadi.

Ia susulan dengan beberapa video anggota PDRM yang menggunakan uniform lengkap main TikTok jadi viral di media sosial. Polis 4

Sementara itu, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya juga telah menyuarakan keprihatinannya terhadap pegawai yang menyalahgunakan pakaian seragam mereka di platform media sosial. Lapor Utusan Malaysia.

Tegas Zamri lagi, PDRM tidak teragak-agak mengambil tindakan tatatertib ke atas mereka yang didapati meneruskan tindakan tidak wajar tersebut walaupun peringatan dan amaran berulang kali diberikan.

 

Baca : “Kertas siasatan telah dibuka” – Ketua Polis Negara Naik Bosan Dengan Dengan Isu Liwat Pemimpin Politik

Liwat 2

Sumber: Youtube
Sumber: Youtube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.