Suami kepada pelakon Azar Azmi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu 2 orang mangsa yang melibatkan urusan untuk mendapatkan darjah kebesaran ‘Datuk’ dan tanah kurniaan.
Tertuduh yang dikenali sebagai Mohd. Apri Hazreen Mohd. Sapri, 41, telah membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam dan Majistret Nurul Saqinah Rosli di Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan pada hari ini.
Artikel berkaitan: Lepas Isu ‘Scam’ Hartanah, Pelakon & Suami Ditahan Lagi Pasal Kes Penjualan Lembu
Artikel berkaitan: Pelakon Wanita Direman 3 Hari Lepas Polis Berjaya Berkas Bersembunyi Di Sebuah Madrasah
Kena jaga ibu, tanggung 9 anak

Tertuduh telah didakwa menipu seorang lelaki berusia 56 tahun dengan memperdayakannya untuk membuat pembayaran sebanyak RM 270,811 secara dalam talian ke akaun bank milik seorang penama wanita berusia 35 tahun.
Transaksi itu bertujuan untuk mendapatkan tanah kurniaan negeri Selangor yang tidak pernah wujud. Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Ezzati Mohd. Zainal telah menawarkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin, namun begitu tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar jaminannya itu dapat dikurangkan kerana menghidap sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan gout.

“Saya ada sembilan anak yang perlu tanggung dan isteri suri rumah serta menjaga ibu.”
Mahkamah Sesyen kemudian telah membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM25,000 dengan seorang penjamin bukan isteri beserta syarat tambahan.
Dalam pada itu, tertuduh juga tidak mengaku bersalah atas pertuduhan memperdayakan seorang lelaki berusia 49 tahun untuk membuat pembayaran wang sebanyak RM23,120 untuk urusan mendapatkan darjah kebesaran membawa gelaran Datuk.
Di samping itu, Pendakwa Raya Nik Nur Aqilah Syarfa Nik Zaidi juga ada menawarkan jaminan sebanyak RM 7,000 sebelum Majistret Nurul Saqinal Rosli membenarkan ikat jamin sebanyak RM3,000 dan sebutan semula pada 15 April.

Sebelum ini tertuduh bersama isteri telah direman bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan urusan penjualan tanah membabitkan kerugian RM1.5 juta. Satu lagi laporan lain juga telah dibuat terhadap pasangan berkenaan atas dakwaan penipuan darjah kebesaran negeri.
Sumber : mStar Online
