in

Satu Kluster Baru Dikesan Di Selangor, 6 Sah Positif Lepas Dijangkiti Pasangan Baru Pulang Dari Sabah

Selangor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hati-hati warga Selangor! Satu kluster baru Covid-19 telah dikesan di selangor dan setakat ini, seramai enam orang telah dijangkiti.



Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes indeks kluster baru yang diberi nama Kluster Jalan Apas ini adalah pasangan yang baru saja pulang bercuti dari Tawau dan Semporna dari 13 ke 16 September.

Kedua-dua mereka mula mengalami demam, batuk dan selesema pada 18 September dan mendapat rawatan di pusat perubatan pada 19 September.

120198465 10157399257621237 6371248973803391733 O

Pasangan ini kemudiannya dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang pada 24 September dan disahkan positif Covid-19 dua hari kemudian sebelum dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Sejak 27 September, sejumlah 66 individu telah disaring, lapan disahkan positif dan 56 negatif manakala dua individu masih menunggu keputusan.

Proses pembersihan dan disinfeksi telah pun dilakukan pada beberapa kawasan yang terlibat bagi mencegah dan mengawal jangkitan sementara punca jangkitan masih dalam siasatan.

 

Baca: 2 Pelajar Sekolah Menengah Di Klang Positif Covid-19

Smk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.