Kecoh kebelakangan ini tentang trend pasangan muda yang memilih untuk tidak mempunyai anak ataupun childfree disebabkan faktor kewangan, emosi dan lain-lain. Sejak itu, ramai agamawan serta Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan pendapat dan hukum-hakam mengenai childfree.
Salah seorang pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty turut terpanggil untuk memberi pendapatnya mengenai isu tersebut menerusi satu temu bual di TikTok @mingguanwanita.
Faham sebab ekonomi
Dalam temu bual tersebut, Ellie tidak menafikan ramai pasangan muda sekarang menghadapi masalah ekonomi terutamanya mereka yang tinggal di bandar seperti Kuala Lumpur.
Artikel berkaitan: Ramai Pasangan Mula Ikut Trend ‘Childfree’, Mufti Jelaskan Hukumnya..
Artikel berkaitan: Tular Komen ‘Childfree’ Sebab Anak Membebankan, Wanita Nasihat Jangan Jadi Hamba Duit
Sangat subjektif. Tak kisahlah zaman sekarang atau negeri mana, mungkin disebabkan ekonomi terlalu tinggi terutamanya duduk di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Johor Bahru.. standard of living is very high. Mungkin di kampung masih ok.
Tapi bila bercakap tentang bandar-bandar besar, ia sangat membuatkan pasangan muda mengambil keputusan untuk childfree.
@mingguanwanita “Child free” yang menjadi trend pasangan muda zaman sekarang sedang hangat diperkatakan di setiap media sosial. Ada yang setuju dan menyokong dengan keputusan untuk tidak mempunyai anak dalam perkahwinan dan ada juga yang membantah. Rasa-rasanya pengikut Mingguan Wanita lebih cenderung kepada yang mana? Saksikan video penuh di YT dan FB Mingguan Wanita ❤️ #assamboi #aurawanita
Satu kerugian kalau tak mahu anak
Ellie berpendapat bahawa pasangan akan berasa rugi jika tidak mahu memiliki cahaya mata tetapi faham jika keputusan itu adalah bersifat sementara dan ada perancangan keluarga yang lain.
Pada saya, rezeki Allah untuk mendapatkan zuriat. Jadi, ia satu kerugian jika tak mahu melainkan kalau pasangan tu ambil keputusan macam tu dan mungkin masa akan datang dia akan ubah fikiran.
Sebab manusia ni berubah-ubah, perancangan keluarga untuk sekarang adalah ini tapi dia boleh ubah pendapat pada masa akan datang.
Fahamlah sebab ekonomi kan…. moga dipermudahkan urusan pasangan muda..
Sumber: TikTok