in

“Satu hari dua umur”- Pagi Di Tadika Tapi Petang Dah Masuk Darjah Satu, Wanita Dedah Kisah Sebenar

Cats 62

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini kita pernah dengar pasal orang ‘lompat tahun’ sebab dia diberikan keistimewaan untuk mahir dalam pelajaran dengan lebih cepat. Tapi, korang pernah dengar tak pasal orang ada dua umur dalam satu hari. Pagi dia umur 6 tahun, petang dia tiba-tiba umur 7 tahun?


Pelik bin ajaib tapi inilah yang berlaku kepada Nur Bainul Adila Mohamad suatu ketika dahulu semasa dia di zaman persekolahan.

Bercerita kepada mStar, wanita yang kini berusia 30 tahun itu menceritakan yang dahulunya dia terpaksa melalui dua sesi zaman persekolahan yang berbeza peringkat umur.

Gdfdf

“Pagi saya di tadika, petang saya sudah masuk darjah satu di sekolah rendah.”

 

Punca dari kesilapan surat beranak

Membongkar kisah sebenar, wanita yang mesra disapa Bainul beritahu yang semuanya bermula daripada kesilapan yang terdapat pada surat beranak dia. Tapi, kesilapan itu mula disedari oleh seorang cikgu sekolah rendah yang dikenali sebagai Cikgu Daud.

Ada satu hari, Cikgu Daud itu datang ke rumah dan tanya kepada ibu Bainul sama ada dia ada anak bernama Nur Bainul Adila atau tak.

Bukan itu sahaja, cikgu itu siap tanya ibunya kenapa tak hantar Bainul pergi sekolah rendah padahal pada waktu itu Bainul baru berusia 6 tahun.

Ppppp

Demi mempertahankan kebenaran, ibu Bainul siap tunjuk surat beranak Bainul kepada Cikgu Daud untuk membuktikan yang Bainul masih berusia 6 tahun dan tak layak lagi masuk sekolah rendah.

Tapi, tiba-tiba Cikgu Daud tunjukkan satu kesilapan pada surat beranak itu yang menunjukkan bahawa Bainul layak untuk bersekolah darjah satu walaupun dia masih berusia 6 tahun waktu itu.

“Masa tu baru perasan pada surat beranak tahun kelahiran polis tulis 1990, sepatutnya 1991.”

Tapi dalam sumber gambar yang diberikan, katanya dia sudah betulkan surat beranak tersebut dengan tahun yang betul, iaitu tahun 1991.

Kh

Di bahagian tarikh lahir memang betul tapi pada bahagian bawah untuk pengesahan ditulis tahun 1990. Terkejut dengan apa yang berlaku, Bainul tetap positif dan melihat apa yang berlaku sebagai satu keistimewaan kepada dirinya sebab berpeluang untuk tamatkan zaman persekolah setahun awal berbanding orang lain.

Harapnya perkara macam ni dah tak berulang lagi la. Jangan kata anak, mak bapak pun pening nanti.

 

Sumber: mStar

Baca:”Isteri saya steady je”- Netizen Kecam Bagi Anak Nama ‘Mipan Zuzuzu’,  Bapa Akhirnya Buka Mulut

Capture 40

Sumber: mStar
Sumber: mStar
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.