in

Sarang Tebuan Ganti Pokok Pisang, Aksi ‘Salam Dari Binjai’ Lelaki Ini Bikin Gusar

Cats 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, tular satu trend TikTok yang digelar ‘Salam dari Binjai’. Trend ini mula dipopularkan oleh seorang lelaki Indonesia, Paris Pernandes apabila dia mengucapkan ayat tersebut sebelum menumbuk batang pokok pisang sehingga hancur.


Terbaharu, tular apabila seorang lelaki dari Majalengka, Indonesia yang tidak didedahkan namanya meniru aksi ‘Salam dari Binjai’ ini, namun dalam versi yang lebih ekstrem.

A

Tumbuk sarang tebuan!

Jika aksi ‘Salam dari Binjai’ memerlukan seseorang untuk menumbuk batang pokok pisang sehingga hancur, lelaki ini menggunakan sarang tebuan sebagai bahan aksinya. Lain macam!

“Salam dari Majalengka”, ucap lelaki ini sebelum menumbuk sarang tebuan yang aktif tersebut sehingga hancur berderai.

C

D

Sejurus menghancurkan sarang tabuan, lelaki tersebut bersama rakan-rakannya terus berlari ke arah sawah untuk mengelak daripada disengat tebuan.

Bagaimanapun, sekumpulan lelaki ini akhirnya membakar sarang tebuan tersebut sambil disaksikan oleh penduduk kampung yang turut berada di situ.

Untuk rekod, tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan selepas aksi ini dilakukan. 

Video penuh:

Orang Indonesia kalau buat content, memang lain daripada yang lain!

Kredit: Indozone

BACA: Macam Makan Nasi! Lelaki Indonesia Ini Makan 4 Bungkus Garam Demi Video TikTok

Cats 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.