in

“Sapa maso keno gi smaye” – Tauke Minyak Masak Hormat Waktu Solat Pekerja Siap Buat Solat Hajat Setiap Tahun!

Collage 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Untuk yang tak biasa ke negeri pantai timur, mesti terkejut bila tengok kaum Cina dan India di sana fasih bercakap dalam Bahasa Melayu siap dengan dialek lagi!


Baru-baru ini, satu video YouTube dari UPKN Kelantan menemubual seorang tauke Cina yang menjalankan perniagaan minyak masak jenama 303 telah tular di media sosial.

Apa yang menjadi highlight dalam temubual ini adalah apabila pengusaha minyak masak Gan Leong Piow ini mengatakan yang setiap tahun, syarikatnya ini wajib membuat solat hajat.

Untuk pengetahuan korang, kebanyakan pekerja di kilang minyak masak ini merupakan orang Melayu dan kesemuanya adalah warga tempatan.

Screenshot 2020 12 14 At 12.40.26 Pm

Menurut Gan, walaupun dia berbangsa Cina, dia percayakan tuhan dan pekerjanya perlu pergi solat bila sampai masanya.

Dorang solat ke, tino-tino jate-jate. Sapa maso keno gi smaye.”

Screenshot 2020 12 14 At 12.40.06 Pm

Bila mendengar yang Gan buat solat hajat setiap tahun dan sangat menghormati waktu solat pekerjanya, penemubual itu agak terkejut dan hairan kerana menurutnya ada beberapa tauke akan complaint tentang perkara ini, dan jawapan Gan…

Itu bodoh punya tauke! Takley, takley ini semaye paling mustahok you keno gi smaye”

Malah, salah satu slogan dan peringatan di dalam kilangnya itu pun jelas terpampang “KEBERSIHAN SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN”.

Screenshot 2020 12 14 At 12.39.24 Pm

Video yang tular ini ternyata telah mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya kagum dengan cara pemikiran Gan yang sangat menghormati dan memahami agama pekerjanya.

Screenshot 2020 12 14 At 12.36.32 Pm Down

Korang boleh tengok video temubual dia dekat bawah ni:

 

Baca: “Pening palo cheng” – [Video] Aksi ‘Wanita’ Thailand Cakap Slang Kelantan Buat Netizen Terhibur

Screenshot 2020 12 14 At 12.46.58 Pm

Sumber: YouTube
Sumber: YouTube
Sumber: YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.