in

Sanggup Panjat Bumbung, Lelaki Ditangkap ‘Skodeng’ Wanita Mandi

Cats 36

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Aksi nekad seorang lelaki sedang ‘skodeng’ jirannya yang sedang mandi dari bahagian bumbung rumah akhirnya ketahuan selepas disedari oleh orang awam. Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah kawasan di Indonesia.


Intai wanita mandi

Menerusi satu video yang tular, seorang lelaki berbaju kuning dilihat panik melarikan diri selepas kelakuan kejinya disedari oleh orang ramai. Turut kedengaran suara perakam video yang menjerit untuk menakutkan lelaki tersebut.

“Woi, tukang ngintip. Yuhuu tukang ngintip, haii… tukang ngintip, ada yang ngintip… tolong,” teriak seorang wanita dalam video.

Menurut sumber, lelaki berbaju kuning tersebut sempat melarikan diri daripada ditangkap oleh orang ramai. Malah, individu itu turut melemparkan batu kepada si perakam ketika sedang turun dari atas bumbung.

Kocak Pria Ini Naik Genteng Ngintip Ketahuan Warga Langsung Pan

Tindakan perakam dipuji

Video tersebut ternyata tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai. Rata-rata warganet memuji tindakan perakam yang berani menjerit dan menakutkan lelaki tersebut. Malah, ada yang memuji kualiti video yang dirakam kerana jelas dan tidak bergegar.

“Padan muka yang mengintip tu. Muka jelas dalam video, auto pindah kampung”, tulis seorang individu.

Untuk rekod, tiada laporan yang mengatakan lelaki tersebut ditangkap dan dikenakan tindakan oleh pihak berwajib. Bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada penduduk di situ kerana peka dengan keadaan sekeliling.

Kredit: Kosmo, Indozone

BACA: Mahu Beri Hak Sama Rata, Berlin Benarkan Wanita Mandi Kolam Tidak Berbaju

Cover 4

Sumber: Merdeka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.