in

Mahu Beri Hak Sama Rata, Berlin Benarkan Wanita Mandi Kolam Tidak Berbaju

Cover 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Golongan wanita kini dibenarkan untuk mandi kolam dalam keadaan separuh bogel di Berlin, Jerman. Pihak berkuasa kota raya itu difahamkan mengubah peraturan mereka selepas menerima satu aduan daripada seorang wanita.


Menurut sumber, kebenaran itu dikuatkuasakan selepas pihak berkuasa menerima aduan daripada seorang wanita berkenaan dia tidak dibenarkan untuk mandi di kolam renang dalam keadaan separuh bogel.

Urn Newsml Dpa.com 20090101 230309 99 888062 V2 S2048

Menurut Senat Berlin untuk keadilan, kepelbagaian dan antidiskriminasi, wanita itu membuat tuntutan ke pejabat ombudsman senat untuk mendapatkan layanan sama rata seperti lelaki yang boleh memasuki kolam renang tanpa baju.

Sebagai reaksi kepada aduan dan penglibatan ombudsman dalam kes itu, Berliner Baederbetriebe, yang mengendalikan kolam awam di bandar raya tersebut memutuskan untuk menukar peraturan mereka – wanita dibenarkan untuk tidak memakai baju seperti pengunjung lelaki. 

Menurut Ketua Ombudsman, Doris Liebscher, pihak mereka sangat mengalu-alukan keputusan Baederbetriebe kerana ia memberi keadilan dan hak sama rata kepada semua warga Berlin sama ada lelaki atau wanita.

Untuk rekod, undang-undang sebelum ini menetapkan wanita yang berpakaian separuh bogel di kolam renang di Berlin perlu meninggalkan kolam dan menutup badan mereka. Ada juga kes yang melarang mereka daripada kembali ke kolam renang.

Kredit: Kosmo

BACA: Kelakar! Pelamin Terletak Depan Kolam Panjang, Jurufoto Pula Kena Ambil Gambar Bermeter Jauh

Capture 5

Sumber: Berlin.de

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.